ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Saturday, July 4, 2009

selamat ulangtahun abang hakim!

walau takku ada disisi namun kamu tetap dihati! ini betul tak tipu. semoga diberkati usia, usaha, tenaga, dan hidup sentiasa dalam redhaNYA. semoga ALLAH kurniakan jiwa rijal yang soleh kepada kamu.

apsal ayat skema nih? sebab nak tunjukkan rasa kasih sayang kepada adik sendiri. takkan tak bole? kan? HEHE. adik yang seorang ini tak pernah mintak apa2 pon dari saya. (yang lain: sungguh tak terkata. mintak macamlah kakak die print duit everyday. huh~) bile tanya jek nak hadiah apa? mesti jawapan yang dah boleh agak ini akan muncul; "tak nak hadiah apa2 bole?". maka saya pon dengan penuh sejuk hati; "ALHAMDULILLAH!!" HAHA nampak sangat tak iklas!

takde2. sebenarnya saya pon dengan penuh semangat akan cari sampai ke lubang cacing (cewah! sile hayati ayat2 hiperbola) hadiah ape yang sesuai nak dibagi. susah jugak camni. kite pulak penat memikir pasal hadiah ni. HAHA. kesimpulan cerita: cakap tak nak hadiah nanti dapat hadiah super duper best! kaedah "reverse psycho" name die. (banyak la kau. tak dapat hadiah langsung la nampaknye :p)

budak ini jugak dulu2 pernah datang sekolah saya. kawan2 biasalah sebok comel2 ngan budak kecik. bukan begitu? ada satu cubaan nak bersalaman ngan mamat tak ckp umur nih. dan2 tuh jugek die cakap; "HARAM.
mane bole pompuan salam ngan lelaki." HAHA. terkena abes budak yang cbe mengorat tuh! semua pon bantai gelak. apelagi guling2 lah dan bermacam lagi gaya2 bebas yang tak dapat ditaip demi menjaga nama baiik mereka. HAHA.

budak cool ini jugek yang paling rajin amongst siblings selepas si kakak sulung yang memang tidak dinafikan rajen. (cewah! nak mengangkat diri sendiri plak. HAHA). ok2 sebenarnye memang die lah yang paling rajin selepas kakak sulung. (eh ada lagi niat nak enter frame?) yang lain esp. yang terkecik tapi dah besar tuh. memang pandai auta lebih dari satu pusingan. piala pusingan memang die yang pegang. tak bagi can kat orang lain. langsung! HAHA.

cool tak cool jugek lah die nih. sebab pernah
nanges sampai demam kurus gara2 kalah hafazan. memang dah confident menang kot. tuh sebab tak dapat terima kekalahan. HAHA. eh kenapa gelak hal2 macam ni? seriuslah. tapi takpe abang hakim. jangan pernah putus asa menuntut ilmu ALLAH.

tegarkan jiwa kuatkan hati!
redha ILAHI itulah kunci
sukses ukhrawi mahupun duniawi


wit luv, kaktie <3


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: