ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Wednesday, December 16, 2009

kehilangan

semua pon pasti merasai kehilangan, bukan?? masa saya kecik2 dulu dah pernah rasa sebuah kehilangan insan terpenting dalam hidup. tapi masa itu ade ramai bapa2 saudara dan mak2 saudara yang tolong tenangkan jiwa anak kecil. itu dulu. 16 yrs ago HUHU. then bila dah besar2 begini saya amat sayu dan kagum mengenang semula usaha semua pihak yang telah bersusah-payah buat everything. hanya untuk anak kecil ini (dulu lah gelaran anak kecil ini dipakai) rasa tenang.

paling tabah ialah ayahanda tercinta. kerana ibu pergi sehari sebelum birthday ayah. tapi ayah saya cool saje. dan bole relaks2 lagi bawak kami pegi jalan2 lah, picnic2 lah, makan2 lah. tak pernah saya tengok beliau termenung atau tak layan kami. beliau macam sentiasa nak kami rasa tak kehilangan. terima kasih ayah atas pengorbananmu itu. tak terbayar rasanya!! walau apa pon yang akak buat untuk ayah lepas nih pasti takkan sama dengan apa yang telah diberi sejak diri ini mula kenal dunia!

okay done dengan cerita tentang diri sendiri. kehilangan bila dah besar2 nih pasti lagi pahit. hanya yang mengalaminya yang tahu bagaimana rasanya. takziah untuk ukhti teh afifah atas kehilangan suami tercinta. post ini mungkin agak lambat kerana................. *rupanya dulu saya dah buat entri nih. tapi tak siap then kena edit balik. HUHU.

walaupun saya tak dapat pergi kedah itu hari tapi saya selalu mendoakan ketenangan sentiasa mengiringi kak teh. ujian untuk beliau amat berat. namun hanya ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA. semoga rahmat ALLAH mengatasi segalanya. DIAlah diatas segala sesuatu. DIAlah yang menghidupkan dan DIA lah juga yang mematikan.

kepada kak teh; ingatlah hujan terkadang nampak lebat dan seperti tak mahu berhenti. di saat orang lain seakan merungut mengira bilakah akan berhentinya hujan. percayalah pasti akan muncul mentari dan bersama2nya ade pelangi yang amat indah. itu hadiah yang tak terhingga dariNYA. * tak sabar nak jumpe kak teh di auckland!! uhibbuki fillah kak teh dear!*

selain dari itu, on the very same day (hari pemergian akh ariff sekeluarga), saya juga kehilangan seorang guru bahasa arab sewaktu di maahad dulu. beliau ialah allahyarham ustaz arman rusoff. takziah diucapkan kepada seisi keluarga beliau. beliau pergi setelah seminggu diserang strok. ketika itu beliau sedang bertugas di jordan. banyak sudah ilmu yang dicurahkan kepada kami, anak2 didik beliau di maahad.

termasuk beliau, saya sudah kehilangan 2 per 3 daripada guru bahasa arab saya. HUHU. seorang lagi ialah allahyarhamah ustazah jamilah bt rasul. beliau pergi meninggalkan anak2 yang comel2 belaka saat itu. oh, bagaimanakah anak2 itu sekarang? pasti sudah besar!! rindu sungguh dengan mereka! semoga mereka kian matang menempuh hidup tanpa ummi jamilah :)

akan saya abadikan nama mereka2 yang telah banyak menyumbang kepada ilmu bahasa arab yang tak seberapa ini. bila dah kehilangan begini, saya reflect balik diri saya; sudahkah saya amalkan ilmu itu?? oh tidak! mcmne nak mengenang mereka jika tak amalkan apa yang telah dicurahkan? kerana mereka sudah terputus pahala didunia ini. kecuali:
  • doa anak2 soleh
  • amal jariah selagi ianya diamalkan dan diajarkan
jadi, saya perlu mengasah semula ilmu bahasa arab saya yang tak seberapa ini supaya pahala mereka berterusan. semoga ALLAH memberkati roh mereka yang telah pergi. tenangkanlah roh mereka ya ALLAH. tempatkanlah mereka dikalangan orang2 yang beriman. ameen

**bila dihimpunkan semua kehilangan yang pernah saya alami. how can i guarantee that the next will not be me?? sendiri mau ingatlah!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, December 2, 2009

ringkasan

dah lama tak menulis. jangankan di alam maya. di kertas pon entah berapa kali je saya menulis. itu pun sebab ade borang abang akem nak kene isi. maka si kakak sulung yang rajin lagi prihatin ini telah menuliskan borang adik ketiga yang sah2 tidak buta huruf tersebut. HAHA.

okay. yang diatas juga adalah antara ringkasan yang serba sedikit ingin disampaikan. (ceh, tak payah cakap pon takpe kot.. ok suke hatilah, bukan??) kini berada di kampung kedua selepas pulang dari klang bandaraya indon + bangla. HAHA. tapi siyes bangsa tersebut kini telah membanjiri daratan mahupun perairan klang. mentang2 terdapatnya port klang, senang hatilah dikau wahai pendatang!! mengerumuni daerah ayahanda ku itu. eheh, naseb baik bukan daerah saya :p.

semalam telah dihabiskan melayan kerenah adik bongsu yang telah jatuh semput dan muntah2. tak. tak. tak jatuh. semput je plus muntah2. kesian iffah. dahlah berada di dengkil. ubat pulak tak dibawa. cuak juga aku time si kecil ini semput malam2. huhu. bunyi dadanya sudah cukup buatkan aku berdebar2. pagi2 lagi aku telefon cikcah minta tolong beliau hantarkan kami ke klinik. iffah diberi bantuan gas. allah saja tahu betapa cuaknya aku saat itu. tapi alhamdulillah. sekarang dah okay! terima kasih allah :) dengan ketentuanNYA, ayahanda bercuti semalam. dapatlah ambil iffah dan dibawa pulang ke rumah. dan pagi tadi bila telefon ummi katanya iffah dah sihat. ceh, bertuah punya budak! HEHE. tapi apa2 pon syukur lillah sebab iffah dah ok.

selain itu, saya juga amat terkilan kerana tak dapat attend liqo' di shah alam semalam. :( nak buat macam mana. saya perlu berada di kampung menemani nenda yang kini keseorangan. tapi kini bila berfikir semula, hati saya berbisik; "CANTIKNYA ATURAN ALLAH!"
yelah, semalam berlakunya liqo' itu. dan semalam jugalah iffah diserang lelah. syukur lillah. ALLAH memang perancang yang terbaek! DIA yang maha mengetahui, kan?

lesson learnt: terimalah dengan redha segala ketentuanNya. pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku.

owh, sebelum terlupa. tahniah diucapkan kepada si abang, muhammad hakim atas kejayaan beliau mendapat 5A dalam UPSR. kakti bangga dengan abang :) jadikanlah kejayaan ini sebagai inspirasi untuk terus berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. semoga setiap kejayaan abang diniatkan demi menegakkan syiar islam di muka bumi ini. moga kau jadi rijal yang soleh wa musleh.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS