ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Saturday, March 28, 2009

tarbiah dzatiyah

hanya nukilan seorang beginner. baru saja mule bab 1 buku ini. buku yang diperkenalkan "mak" di auckland. tentang cara2 mendidik diri sendiri. sebelum mengajak orang lain memeriahkan amar makruf nahi munkar. kita secara individu perlu lebih tahu tentang tujuan hidup.

dan untuk lebih tahu tujuan hidup. tarbiyah dzatiyah perlu cukup kuat. jangan kita mengajak orang tapi kita tertinggal dibelakang. isi2 nya cukup menarik. saya suka. memang itu yang perlu saya tahu sejak dulu lagi. tapi xpelah, bukan bila saya tahu yang penting. yg paling penting:

adakah saya praktik apa yang saya tahu??
tarbiyah dzatiyah mengajar kita menjadi seorang pentingkan diri?? ya. memang betul!. tanpa ws2. namun erti pentingkan diri adalah hanya dalam fokus beramal. lebih jelas, kita buat dulu apa yang kita cuba nak ajak orang lain buat bersama2 kita. kita praktikkan dulu sebelum kta sibuk2 nak ajak orang lain bersama2 kita.

faham?? sebenarnya tarbiyah dzatiyah ni nak kta kuatkan diri sendiri. kan kekuatan dalaman individu sangat diperlukan dalam melayari bahtera hidup yang memang kita tahu banyak dugaan dan cabaran? badai sepanjang jalan. tentu sekali!

jika kekuatan dalam diri dah dibina. insya allah, dimana2 pon kita di"campak", hati kecil dengan sendirinya memanggil2 akal menuju kepada kebaikan. lalu, terhalanglah kita dari perkara2 lagha ketika bersendirian.

saya sendiri pon sedang belajar untuk kuatkan tarbiyah dzatiyah. masih beginner. jauh lagi sebelum sampai advance! akan sampai ke ?? (tanya iman!!)

jom! same2 kuatkan tarbiyah dzatiyah!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, March 25, 2009

pertemuan

tenang hati susah nak dibayangkan. alhamdulillah. syukur kepadaNya kerana dikurniakan pertemuan yang sungguh indah ini. ramai orang punya kenangan indah. bagi saya kenangan terindah saya tercipta disini. di bumi auckland yang sejuk ala kadar ini.

kenapa terindah?? kerana pertemuan ini diwarnai redha ALLAH dan saya tahu bila saya bertemu dengan dia saya akan rasa dekat kepada ALLAH. dia bukan siapa2. bukan seorang diplomat. bukan yang berhormat. apalagi minta dihormati.

mungkin kerana kata2nya yang sering sahaja disulami pesanan kepada kebenaran serta juga pesanan kepada kesabaran. secara bersahaja pun mesejnya sampai ke lubuk hati ini. makanya saya tak pernah rasa rugi bila sahaja bertandang ke daurah, jauhlah, atau apa sahaja program yang dianjurkannya. seperti dalam surah al 'asr:

demi masa. sesungguhnya manusia kerugian. melainkan yang beriman dan beramal soleh. juga yang berpesan pada kebenaran dan berpesan pada kesabaran.


saya rasa dia sungguh istimewa. kerna dikurniakan keistimewaan untuk mengenali ramai orang di sekeliling. tak macam saya. agak susah nak rapat dengan orang lain. mungkin masih punya masalah hati yang belum mampu diubati. ya allah, bantulah aku menyucikan sekeping hati yang engkau kurniakan untuk mengasihi saudara2 ku. aku belum menunaikan amanah itu sebaiknya lagi. moga selepas ini akan jadi lebih baik dan istiqamah.

ingin jadi baik!! perasaan itu sering sahaja terbit dalam hati. namun, bagaikan sekerlipan mata cuma. belum sempat apa2, nafsu lain datang menjengah. kalau setakat menjengah tak mengapa. ni siap merayu2 lagi. akhirnya, perasaan yang sering terbit tadi sering juga dikalahkan. tapi tak pernah mahu mengalah!

aduhai hati. kenapa begini?

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, March 22, 2009

lulus @ pengalaman belajar itu yg penting??

semalam. saat menghubungi ayah jauh disana, saya mengadu kepada ayah ttg pelajaran matematik yang makin susah kala ini. sampai tak tahu apa nak dikira. :p

ayah:bisalah tu. mana ade bende senang dlm dunia ni. lagipun, mmg sepatutnye jadi makin susah. kalau makin senang, mesti ade somethi' wrong dgn awak.

saya:**duuushhhh** terkena!! speechless. (memikirkan relevan yang amat kata2 ayah tadi.)

ayah:tapi ayah tahu awak bole buat. siapa usaha mesti ALLAH tolong. mintak banyak2 pada ALLAH. atau jadi macam Hakim ni. cikgu suruh buat past year n copy sebanyak mungkin karangan dlm buku contoh karangan. gerenti A punye. tapi sekadar A lah. lepas periksa mesti lpe ape yang dah belajar sblm exam.

saya:haah. akak pon slalu macam tu. blaja last sem sume dah lpe. (dgn laju lidah memuntahkan kata2)knp ye?

ayah:sebab niat tuh nak belaja untuk exam je. ALLAH bagi la sampai exam je. cube btolkan niat ikhlas kerana ALLAH. kan senang? dua2 pon dapat.

saya:**aduuhhhhh** terkena lagi!!

note to myself:silelah betolkan niat blaja kerana ALLAH!!

LILLAHI TAALA!!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, March 10, 2009

hidup & peribahasa melayu

bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. senang ke? i.allah!

jangan jadi seperti ayam. bertelur baru sebiji. dah riuh sekampung! tapi kampung auckland nih mmg riuh! internet bergerak mmg ramai! haha

sesal dahulu pendapatan. sesal kemudian tidak berguna. mmg tak gune satu sen pon. tapi sntiasa blom terlambat dlm membetolkan keadaan.

diam-diam ubi berisi. ikutlah resmi padi. makin tunduk makin berisi. jgn lokek sedekahkan ilmu kpd org lain. in fact, no harm pon!!

edited:
malu bertanye sesat jalan. mmg btol. tanpa was2. tapi da tanye jgn lpe analyse sendiri. skrg bukan masa percaya semua kata2 orang lagi. skarang masa bertindak berdasarkan rujukan yang ada.




*coretan afta klas. mood insaf sket hehe :P

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS