ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Thursday, August 27, 2009

entri baru

WARNING: JANGAN BACA KALAU ADE KERJAAN LAIN YANG LEBIH UTAMA. INI BULAN MULIA. JANGAN CEMARKAN DENGAN MEMBACA ENTRI YANG TAK BERFAEDAH INI.

minggu ini sungguh mensibukkan sekali. fuh~~~ banyakla kau izzati!! dahla ambik 3 subjek je. sebok2 nak ckp bz. orang lain pon bz juge!!! huhu~~

ini bermakna saya belum pass lagi test "harisun alal wakti". perkembangan blog pon tak berkembang akhir2 ini. july dulu tak menyempat lah pulak. now, dah 28 baru 2 entri?? HAHA. sekarang sudah nampak betapa saya tiada masa untuk melagha2 ini?? cewah. eh, ape penting sangatlah blogging nih kan? tiada yang tertunggu2 pon. bukan dibayar pon per entri yang ditaip. apelagi nak dituduh makan gaji bute lah konon kalau tak update blog. memang takde gaji. nak makan gaji bute apekah??? HAHA. ini adalah mode merepek2 sejak dah beberapa minggu tak kesini. sekarang nampak betapa bznya saya?? zati!! kenapa tak habes2 nak claim kau bz?? orang lain tak kecoh pon. HAHA.

tadi menghadapi test financial maths. saya sendiri tak tahu ape yang saya dah lakukan. sekarng masa untuk meminta setelah berusaha. seperti janji2 si DIA yang akan menunaikan permintaan hambaNYA. oh, sungguh sweet kan DIA?? untuk itu, saya nak jadi hamba yang sweet kepada TUANnya. oh, jari2 telah menaip ayat penyata tersebut. jadi perlu jadi sang penaip yang kotakan kata2. insyaALLAH. moga dipandu olehNYA dalam setiap langkah saya.

dah tatau nak tulis ape. terkenangkan keadaan bilik yang seperti bukan bilik lagi. HAHA. nak bayangkan? try ah. sama sekali tak akan sama seperti yang dibayangkan. lebih teruk kot. HAHA. bagaikan bukan bilik seorang wanita sudah. cewah. selama ini bilik wanita sangatlah kan!! eh, mestilah. cewah. tak habis lagi nak mempromote diri sendiri.

ok. ini bulan ramadhan. lebih baik beribadah. gunakan setiap saat dalam bulan ini untuk melayan tetamu agung ini sepenuhnya. jangan pernah abaikan mr ramadhan. sebab beliau datang bukan bersendiri. bahkan bersama macam2 rahmat, nikmat, pengampunan, pembebasan dari an-naar. siapa tak nak layan memang rugi.

masa inilah nak memurnikan hati yang mungkin dah hitam pekat selepas menghadapi 11 bulan yang lalu. eh, kau je izzati. ak tak. tak kesahlah warna hati kita ape pon. yang penting ambil kesempatan ini. grab a deal MAS boleh bukak 10 kali sehari. tapi kenapa tak grab the deal yang memang ALLAH dah sure kasi bulan ini? tepuk dada tanye iman.

~semoga jadi ramadan termanis buat kita semua~

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, August 23, 2009

cik title

entri ini tak bole lama. takde masa. i bz women. i bz body. i bz. always bz. cewahhhhh!!! tak bole blaaa sungguh kata2 penyataan tersebut. orang paling bz dalam dunia pon tak kate die bz jenis ape kot. takyah over. HAHA

kalo asek nak ingat bz sendiri je. keja lain mesti tak jadi. mane penah tak bz kan? hidup memang bukan untuk berehat2. bukan tempat bersantai2. menghirup udara segar. melayan hiburan tegar. mentelentang. meniarap. dan macam2 lagi aksi bebas. eh, ade ape pulak dengan aksi2 bebas ni?? HAHA. si penaip pon tak tau, jari yang menaip je yang tau. tak paham kene tanye jari yang menaip. try ah tanye. boleh ke??

tak kesahla. yang penting hidup bukan untuk rehat2. punya tugas maha besar yang jika dibanding kerehatan yang sebentar cuma pon tak boleh. ini serius. bukan main2. jauh sekali lah nak tipu2 ni. eh, ini ramadan kan?? tak baik menipu2. sekarang makhluk bernama syaitan dah tade. tinggal kau dan diri kau sendiri. kalau berlaku unsur2 yang tidak murni. itu memang datang dari diri sendiri. datang dari hati yang didalam dada.

kalau dalam bulan penuh berkat ni pon kau tak boleh kawal diri. sah2 lah itu memang hasil ujikaji syaitan yang dapat gred A++++. HUHU. ambik kau!! takot tak?? *ini amat lebih kepada kritikan diri sendiri. bukan masyarakat- jauh amat jauh sekali.*

pernah dulu. ketika pertama ramadan. saya mula kenal diri ini. SEMULA. apakah kau konpius dengan diri sendiri?? HAHA. entahlah. tapi point utama=kenal diri ketika ramadan. tapi kenapa sering saja gagal mengaplikasi apa yang telah ditest waktu ramadan kepada 11 bulan lain selepasnya. rasa macam beginner balik bile tibe ramadan lagi satu.

owh. apekah yang saya lalui ini?? adakah dulu saya benar2 dah grad dengan sijil taqwa atau hanya bayangan saja? bayangan macam syok sendiri. sebenarnya tak dapat lagi sijil taqwa. yang saya dapat mungkin hanya kertas kosong yang tak confirm putih bersih atau renyuk bercontengan dan tanpa ape2 label pon diatas kertas tersebut.

oh saya tatau ape yang saya taip ini. jari jemari yang sesuke hati menari2 ats keyboard. walaupon tanpa unsur2 muzikal. unsur2 ape2 lah. jari saya tetap mahu menari juge. ini adalah menulis tanpa atau kurang berfikir. kurang berfikir. itu mungkin adalah saya.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, August 19, 2009

i rindu u, ramadhan!!

tak mahu menulis. tak mahu mengarang. tak mahu membebel. tak mahu mengarut.
nak cakap ni je :)


semoga kesempatan yang diberi digunakan sebaiknya. agar ramadhan ini jadi yang termanis buat kita semuanya.

owh, i rindu u sangat, ramadhan.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, August 3, 2009

azam of the day

mahu jadi lebih baik

mahu jadi lebih sistematik

mahu jadi insan gemilang

mahu jadi sang penaip yang kotakan kata2

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tuan laptop yang gembira

bila laptop bukan sekadar cermin ajaib yang akan berkata "mestilah bukan kau yang paling cantik!".
bila laptop bukan sekadar hiasan di kamar. yang amat terpelihara diletak dalam beg empat segi hitam tebal berzip penuh dan bertutup serta berlabel "hp" (perlu stress kah akan perkara2 tersebut??) .
bila laptop bukan sekadar tempat tadahan habuk2 yang kurang disenangi kehadirannya.
bila laptop bukan sekadar hiasan mata yang amat menyakitkan mentengok dia sakit.
bila laptop sudah bernyawa.
bila laptop sudah boleh ditekan dan akan mengdisplay setiap konsonan mahupon vokal yang ditekan.
bila laptop sudah berkebolehan mengproses minda dan kata2 yang cuba dilahirkan.
bila laptop suda berkebolehan mengeluarkan bunyi2 dan suara2 yang tidaklah terlalu menyedapkan telinga tapi semacam boleh beritahu ada "something goes wrong somewhere".
bila laptop dah bole cucuk sana cucuk sini lepas tuh megeluarkan bunyi2 yang agak menyenangkan hati tanda2 alatan yang dicucuk tersebut berfungsi dengan baik.

eh, sudah banyak cerita pasal laptop. alhamdulillah!!! terima kasih ALLAH kerana beri panjang umur laptop saya yang ini.
semoga kita sama2 akan terus LILLAH ye laptop!! (mode sayang2 laptop)
semoga laptop sentiasa sihat. tamau ah buat masalah2 sosial seperti dua bulan lalu lagi.
tuan laptop susah hati mentengok laptop mempunyai masalah sosial sampai koma kritikal tak sedarkan diri semua.
kalau bercita2 nak jadi attention seeker pon takyah ah buat strategi aneka jenis semacam itu.

okeh sudah2 merepek. wahai laptop jgn buat hal lagi. TOLONGLAH!!

sekian terima kasih

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS