ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Monday, May 18, 2009

IHSAN

telah selamat menghantar assignment 361 yang super duper susah itu. (thanx kepada mr lecturer yg ske mencabar kesabaran n kredibiliti anak2 didik) ALHAMDULILLAH!. dapat juge menyelesaikan soklan2 da bom tersebut. (thanx kpd rakan2 seperjuanganku huhu~)

malam nih semacam tade (ooppsss silap2; kurang) keje nak dibuat. pada pandangan saya sahaja. dan pada malam ini sahaja. sbb awal2 lagi dah dpt 1 assignmment baru dari Jian Bei. tapi
kemalasan secara membuak2 (jangan tiru) telah menghasut jari jemari untuk menekan2 keyboard.

jari pon telah berjaya mencari drama best dari saluran kegemaran ramai. i bet u knew it. ape lagi kalo bukan utube. hehe. (trime kasih kpd cik jari. alamak! sama plak name ngan lecturer yg mencabar itu :p) tapi sesungguhnya ini merujuk kepada jari sy sendiri.

drama yang best tersebut:
IHSAN. sngt menginsafkan sesiapa saja (mungkin). tak caye? boleh tgk sendiri lah kalo mcm tu. point2 utama aka lesson learnt:

  • jgn derhaka dgn mak bapak : semua pon dah tahu perkara ini. basic kan? tapi kdg2 kite tak prasan yg kite dah terderhaka pd mak bapak. kerna syaitan itu selalu menjadikan perkara terkutuk itu indah dimata pelakunya. dah si syaitan nih pon nak cari kawan gak kan? apelagi dihias2 lah perkara terkutuk itu. jadi semoga kite beringat selalu hendaknya.

  • jgn menipu mak bapak: sebenarnya bukan mak bapak saje. tapi dgn sume org pon patot di'apply' bende nih. tak baik tipu. dosa kan? hatta adik sy yg kecik pon tahu.(sbb kakak die slalu kelentong die~) jadi biasa2 kan lah diri untuk bercakap benar. tak kire dimana jua. berkatalah benar walaupon pahit. (pesan kpd diri sendiri juga sebenarnya).

  • sentiasa lah utamakan hati dan perasaan ibu bapa. cinta kpd mereka berdua selepas ALLAH dan RasulNya. jika anda seorang lelaki, jgn sekali2 lebihkan isteri anda yg tercinta itu sebelum ibu anda. plg bahaya hal tersebut. ingat cerita al-qamah? pasti anda tahu. (kalo tak tahu review sendiri. hehe.) jika mak terasa hati sikit je atas perilaku kita, tuh pon dah kire dosa. tau? even dlm hadis nabi pon ade ditegaskan ttg cinta kepada ibu nih selepas ALLAH n RasulNya. smpai 3 kali Nabi sebut "ibumu". then barulah menyusul ayah pula. bermakna ini perkara penting. bukan main2. sila ingat.

  • redha ALLAH = redha mereka(ibu bapa). kalo bole hafal formula panjang2 selalu. skrg ingat formula ini pula. senang kan? mmg ALLAH takkan menyusahkan hambaNya. sweet kan?? insyaallah jika selalu ingatkan diri ttg ini akan tenanglah hidup diredhaiNya. :)

  • derhaka pada ibu bapa = balasan total. nih betul! tak tipu punye. sy pon dah punye jumlah experience ini dgn byk. huhu. tak mahu bongkar2 nih. bukan melodi pon nak terjah2 kan? jadi sendiri mau ingat laa. kalo nak tgk ape definisi balasan total itu. sile lah tgk drama ini. (recommended!)

  • semua kita yang hidup ini pasti akan mati. jadi harta byk pon tak bwk ke kubur. semua pon tahu kan? lagi satu; harta nih kalo makin byk, makin byk kene jaga. bukan senang nak jaga harta anyway. tapi amal jariah lebih byk dibuat, lebih byk lah ia melindungi kita. mcm insurans. (sile fikir sendiri ye :p) jadi takyah lah syg harta tuh byk2. sbb kalo ALLAH nak habeskan harta2 itu. sekelip mata pon ALLAH bole hancurkan harta yang dikumpul bertahun2 lamenye.


dgn itu, mari same2 (tak bermaksud nak buat nada skema ini pon. sile baca dgn nada yg tidak skema langsung okeh?) kite ambil mane yang baik. dan tapis mane2 yang kurang baik. agar jadi pengjaran kepada kita semua. (pesan pada diri sendiri terutamanya)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, May 15, 2009

hanya dengan izinnya.

saat jari nak tekan2 keyboard. bersame2 akal yang ligat berpusing dengan bermacam2 perkara:;

yang dah terlaksana, ingin dilaksana, tapi masih belum bergerak apa2 pon. huhu~ inilah saat yang

tersebut itu. terlalu banyak yang bermain di kepala. tapi hati tetap belum boleh digest dengan baik

perkara2 yang melintasi kotak fikiran.

-hanyalah dengan izinNya saya menulis-

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, May 8, 2009

rasa

kosong. senggang. lapang.

itu yang saya rasa sekarang. terima kasih wahai ALLAH yang telah karunia nikmat ini. kalau minggu sebelum ini, otak terasa ketat. dada rasa sempit. nafas rasa sesak. tapi kini DIA hadiahkan saya masa senggang ini.

namun, hati kecil cepat bertitah: "masa yang senggang itu emas juga". syukran hati kecil kerna sering ingatkan akal yang selalu mahu alpa. oleh itu, jangan buang masa. nikmat masa yang dikurniakan DIA adalah untuk kita manfaatkan.
kata nak jadi khalifah!

sepotong firmanNya buat tatapan semua terutama bagi sang penaip :)


Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan begitu saja, padahal Allah belum Mengetahui orang2 yang berjihad diantara kamu dan tidak mengambil teman yang setia selain Allah, Rasulnya dan orang2 beriman. Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.
9:16



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, May 2, 2009

selamat hari ibu n hari ummi :)

so sweet!! kata adik kecil yang dah besar saat saya menuturkan kata2 selamat menyambut hari ibu kepada ummi yang tercinta. (budak kecik nih memang suke perli saya anyway. haha)


tapi kata ummi; "setiap hari pon hari ibu. sebab setiap hari pon kene jadi ibu. bukan hanya pada hari yang tertentu saje kene jadi ibu."


erk..saya terkena lagi. memang betul tanpa was2 sekali kata ummi itu. dalam islam pon setiap hari adalah hari untuk menunjukkan kasih sayang kepada semua orang. kalau difikirkan semula, memang ini adalah salah satu cara bagi mendidik jiwa insan agar sentiasa menyayangi antara satu sama lain.
islam itu indah, kan??

******************************

terkenang saat kecil ketika bersama ibu tercinta. sungguh2 saya dapat rasakan kasih sayangnya yang tidak pernah berbelah bagi. walau hanya kurang lebih 7 tahun bersamanya, saya dapat rasakan hangat kasih itu sehingga kini- walau dia sudah jauh disana saat ini kurang lebih 15 tahun.


selamat hari ibu, duhai
ibu yang telah melahirkan ku. jasa mu, kata2 mu, pujukan mu akan selalu segar dihati kecil diri ini. semoga dengan izinNya kite bertemu semula disana.

**********************************

semoga hari2 yang dilalui selepas ini akan terus memberi makna pada diri dan mereka yang disekeliling. hargai ape yang ade sebelum mengejar ape yang tiada.

semua pon dari ALLAH :)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS