ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Monday, July 27, 2009

JULY. saya gatal

JULY. saya gatal tangan asek nak mengpost entri. hal ini memang adalah kesukaan. since kelas dan asenmen belum banyak. bila workload dah menimbun saya dengan rela hati akan ucapkan "selamat tinggal" HAHA.

JULY. saya gatal nak masuk semua kelas. end up hanya dengan 3 klas. gatal lagi satu: pegi jumpe shannon mintak approval tamau ambek subjek comp science yang saya tatau ape kegunaannya. sungguh sedih ade anak murid sebegini kan? insan seperti saya nih memang terkadang tatau ape perlunya subjek itu. EHEH. contoh tak baik. jangan ikot. sesungguhnya tak rugi pon belaja apa2 subjek. somehow it will be useful. may not be now. may not be tomorrow. but maybe u will use it as a part of ur life. (saya nak cakap nih secara bangga kepada anak2 murid saya nanti. cehhh! hipokrit sungguh lah cikgu nih! mari ramai2 takyah masuk klas cikgu nih. HAHA.) tapi tak salah untuk memilih apa yang patot kita pelajari. kerna banyak lagi yang harus patot dituntut. usah sempitkan skop ilmu itu. (=

JULY. saya gatal mengrecharge superbuzz account via phone. ini semua sebab tak sabar. anak dara perempuan sulung yang ini sudah lama tak menelepon keluarga. keinginan berbuat begitu yang amat tinggi telah mendorong saya mencuba mentopup calling card via phone. entah ape yang mamat operator tuh cakap di pagi buta tersebut. saya pon telah berkata YES pada segala yang dicadangkan. end up dgn 1 cordless phone yg tatau ape nak dibuat dengannya. saya gusar. saya buntu. habes duet pon ye jugek. harga phone tidaklah begitu melampau. tapi samelah dengan tahap phone2 exclusive yang dijual di dicksmith. nak menangis pon takde maknenye sekarang. uwaaaaaa!!! saya susah hati tiap kali melihat phone tersebut di atas study table. lesson learnt: berhati2 lah (wahai sang penaip) HAHA.

JULY. saya gatal menggaru seluruh anggota. hingga berakhir dengan tanda2 yang tak sanggup nak dilihat lagi. seingat saya ini pekara seakan normal 2009. setiap kali bukak sekolah. gatal2 menyerang. hasil dari kekeringan kulit dan insects jahat menjalar ke seluruh anggota tangan kaki badan. akibatnya akan muncul tompok-tompok yang amat buruk. sungguh mengharukan keadaan tersebut. HUWAAAA!!! BIO OIL BIO OIL!!. sejenis produk kecantikan terkenal akan dicari. demi menyedapkan hati yang lara menengok parut2 terlakar. HAHA sape suruh garu dengan penuh semangat? kan? kan? sekarang masalah peribadi dah diketengahkan okay! :p

tiba2 hati terbawa mengatasi masalah ini. jika saja ALLAH itu buka hijab kita dan tunjuk betapa banyaknya dosa yang telah kita hasilkan sepanjang hidup. (well, manusia memang produktif amat dalam menghasilkan dosa. takyah ade thinking skill pon. hanya tanya iman yang didalam dada. tentu bertemu jawapannya. bukan begitu?) pasti telah bertompok2 dengan lendir2 hijau kuning; busuk dan hanyir keadaan kita ni. cuba bayangkan sekarang. ye, sekarang juga! eiiiii sungguh menggelikan dan menjijikkan lah! pasti tebal kesan kotoran degil bernama dosa itu menyelaputi kita. dah tak nampak rupa orang mungkin. entah rupa ape pulak yang bakal terlakar nanti. seram!!

kalau berparut sekarang cari BIO OIL. (tak habes2 dgn produk ini. EHEH saya bukan endorse :p) menghilangkan parut- kata orang2 lah kan. tapi ape usaha yang dah dilakukan menghapus dosa2 lalu?? jeng jeng jeng. skali lagi. tanya iman yg didalam dada sajalah. pasti bertemu jawapannya.

sungguh DIA maha pengasih. tidak dilihatkanNYA aib kita. sungguh DIA maha lembut. tidak dikeraskanNYA keatas kita. sungguh DIA maha pengampun. mintalah kepadaNYA pasti DIA perkenankan. bezanya hanya pada ruang waktu. mintalah dengan jalan sabar. kalaulah ALLAH itu buka hijab kita untuk explain kenapa DIA tak perkenankan doa kita. sure kita pon tanpa banyak songeh akan bersetuju 200% doa kita tak diperkenankan daripada mengargue supaya doa kita diperkenankan. (tunggang langgang sungguh ayat ini :p) sungguh DIA maha tahu segala sesuatu. sungguh DIA juga maha teliti atas segala sesuatu.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, July 26, 2009

fikir dan khuatir

begitu mengkagumkan! setelah membaca blog seorang pakcik semalam. pandai pakcik nih susun ayat. buat semua insan merenungi kata2 beliau. sambil membawa otak dan hati bersama2. sungguh saya kagum. terima kasih kepada sahabat yang telah meng'link'kan blog pakcik tersebut di facebuk.



pandangan beliau tentang fikir dan khuatir buat saya berfikir tanpa khuatir. selama ini saya memang adalah insan yang kurang berfikir. khuatir memanjang. baca ma'thurat tetiap pagi tapi masih tak habes2 gelisah dengan masa akan datang.



esok yang tak pasti dikejar tanpa bekal secukupnya. hari ini yang dilalui dengan pasti tertinggal tak dapat ape2. sedar tak sedar memang ramai yang bergelar insan sebegini. jeng jeng jeng. check diri sendiri lah ye. kalau bukan alangkah bagusnya anda :) eh kalau macam tuh saya nak sangat kenal dengan anda. eceh. betol tak tipu :)



kalaulah saya boleh jadi macam nih. pasti hari2 dilalui dengan tenang dan mungkin setiap hari pon akan lebih baik dari semalam. nasihat beliau yang saya nak ketengahkan; usah hidup di masa silam. silam kita biar jadi teladan. ambil apa yang kita perlu. then lupekan terus silam itu. kerna masa, umur, keadaan dan tempat tak mungkin sama. a big IMPOSSIBLE!



masa sentiasa bergerak clockwise direction. seingat saya tak pernah lagi ade jam anti clockwise. kalau ade pon mungkin jam doraemon yang nak kembali ke masa lalu tuh. masuk pintu kecik pastu naik kapal kecik bersama nobita. HAHA. itu kalau anda insan karton yang hidup di jepun dan suke makan dorayaki sahaja yang bole ade keistimewaan tersebut. jika bukan takyah mimpi nak berjumpe perkara2 konon2 ajaib itu. nikmati di frame tv pon dah cukup bagus. :p



end of cerita fantasi. kembali ke alam realiti. HEHE. hukum alam dah menetapkan. perkara yang takkan berubah adalah PERUBAHAN. jadi semua perkara pasti berubah. itu janji ALLAH. HE never went wrong on HIS promise. kan? jika kita adalah insan dalam golongan berfikir. pasti kita akan gunakan hari ini sebaik mungkin, kerna tanpa hari ini tiada lah esok. to hope for tomorrow without an effort today is exactly NOT a muslim identity.

tidak salah bercita2 tinggi. yang salah ialah panjang angan2. kerana cita2 tinggi hadir bersama jiwa yang besar dan semangat membara. bukan begitu? itu jiwa rijal yang sepatutnya. (sang penaip terkedu seketika. sepatutnya begitu. kenapa aku lain? HEHE) bersama2 kita sedari hakikat ini. (usah ditampilkan nada2 skema okay! :p)

*entri mungkin agak pening. kalau tak paham lantaklah. HAHA. takde2 kalau tak paham buleh tanya takde masalah ;)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, July 19, 2009

terima kasih ALLAH

ALLAH benar2 beri apa yang saya perlu. bukan apa yang saya mahu. :)
sayang shanon johnston. thanx to jamie sneddon. terima kasih margaret goldstone.

**tak faham takyah tanye. HEHE.**
semoga sem ini teros LILLAH!!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, July 18, 2009

esok sekolah

dulu ketika usia masih satu angka. tak sabar2 nak pegi skolah. kalau demam pon bole sehat sebab nak pegi skolah punye pasal. kindergarten memang best ah. cikgu cekgi bole membuat insan malas macam saya suke pegi skolah.

masuk usia dua angka. mulelah ade simptom2 pemalas. flu sket jek rase nak mintak mc. HAHA. tapi tak pernah dapat. saket pon terjadi time cuti skolah je. mulelah menyesali kenapa tak sakit time dah bukak sekolah. HAHA. itu cerita time remaja.

masuk angka puluhan nih (amat tua bunyinya). amat contradict. cuti dinanti. sekolah dibilang pergi. HAHA. betol tak tipu. time cuti sentiasa digunakan sepenuhnya. nikmat cuti sekolah kalau boleh tak nak biar sia2 begitu saja. cewaaahhh! eheh. memang betul kan? rasa macam sume orang pon macam tuh. HAHA. bajet sume orang macam dia plak.

tapi semakin tua jugak (amat tua jugak bunyinya) saya
semakin menyedari hakikat ke sekolah. bukan dek kerana sekolah lawa ade taman cantik. bukan sebab nak tengok cikgu pakai baju matching ngan kasut dan handbag. bukan kerana subjek yang kene dengar cikgu mengajar kalo tak susah score. bukan sebab ade kawan cun ke ape ke. bukan bukan bukan.

hakikat sebenar ke sekolah lebih besar dari itu.
pergi sekolah kerana ALLAH. setiap titis ilmu keranaNYA. redha DIA yang selalu diinginkan. tanpa redhaNYA apelah sangat ilmu tuh. nak gune pon terkial2. jawab atas kertas je lah yang termampu. buat lah past years banyak2 tanpa ade pengetahuan banyak pon. sure dapat jawab atas paper dgn cemerlang.


tapi macamana dgn inner development? tak develope langsung! (ini applicable
kepada saya jek. maaf ;;) )


kalau dulu waktu usia satu angka. selalu nak dapat nombor satu. sebab tuh tanak ponteng skolah. nanti dapat banyak hadiah. akan berasa cemburu dan dengki dengan sangat2 kepada yang dapat nombor lagi atas. huhu~ sebab budak tuh dapat lagi banyak hadiah dari saya. ceh. sungguh kebudak2an time tuh.

bile dah masuk 2 angka. tuka plak. pegi skolah sebab nak dapat banyak A. perasaan akan sangat inferior bile orang lain banyak A dari saya. sebab bile disebut saja bilangan A itu, semua orang macam bangga secara melampau. huhu~

tapi sekarang. semuanya semakin berubah.
usaha ke arah A itu yang penting. sebab saya telah kenal DIA yang melihat kepada usaha bukan pada hasil. perasaan yang lahir adalah redha dan sabar. sungguh sweet kan keadaan itu? eceh.

tapi tak bermakna saya tak perlu dapat yang terbaik. itu mesti. kerana pemegang deen ini tak boleh dipandang rendah (dah disebut dalam entri sebelum ini). bukan ke hakikat islam itu di atas? dan janji ALLAH juga menyebut deen ini pasti berada diatas. janji ALLAH itu pasti :)


semoga teros LILLAH!! (pesan khas untuk sang penaip)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, July 16, 2009

demam+perihal diri

sejuk menggigil walau heater tak henti2 menghembus bayu panas. badan rasa sengal2. ke memang saya yang sengal? HAHA. diam lah!



rasa tak bersemangat sehangat mentari yang DIA kurniakan sehari2. eh, diri kenapa ya? tamau demam! pergi jauh dari sini cik demam.
-end of demam story-.


baru meng"cek" result semalam, setelah berkurun perkara itu keluar. HOHO.


"tuhlah sebok berjalan2 lagi"' kata ayah. tapi at d same time tlah berkata, "best tak oz?".


HAHA itu ayah saya.( jangan tiru :P). saje nak cari modal nak membebel. dah lame tak ckp dgn si anak mungkin. dah si anak sulung ini tak tepon2 sejak ke oz. memang tak patot. jangan contohi. tapi
oz memang tak bole blaa sbb tade calling card to msia. yang itu sungguh tak best i tell u.


suke hati jek nak cakap oz tak best sbb tade calling card. oz-an dah berbahagia dah kat sane secara baya bill dgn banyak. HUHU. (4 dat particular reason i thank GOD for sending me here in nz. cewah.) btol tak tipu :) sungguh saya bahagia di nz. hidup bersama tarbiyyah dan kesedaran tentang "kerja daie". siyes tak tipu. saya dapat itu semua dibumi sejuk ini.


berbalik kepada hal meng"cek" result. kalo tade kesedaran itu mesti dah menangis dah i tell u. tapi otw to mission bay semalam. sejurus itu
hati telah diubati dengan kata2 sungguh sweet dari kaset yang berdendang dalam BADAR. cik kaset thanx for the song.


walau hati dah terubat. bukan bermakna saya tak perlu buat ape2. mesti lakukan sesuatu agar deen ini tidak disalah erti dek kerana memandang pada pemegang deen ini. walau saya memang rendah (saya mengaku) namun
tak sanggup rasanya membiarkan deen yang dipegang dipandang rendah.


tanda hati untuk diri sendiri:

cita2 harus setinggi langit paling atas. pastikan semuanya LILLAH. panjatkan doa selalu pada ILAHI. tegarkan jiwa hamba dalam diri. tabah, redha, dan sabar mohonku hadir sekali. tahu priority- itu mesti!

AWAS!!: jangan baca tajuk as demam kerana perihal diri. demam ALLAH yang bagi. (=

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, July 13, 2009

coretan ekpres

berada di bumi kangaroo. membawa saya terfikir. adakah kemajuan yang dicari?

sekalipun kemajuan itu yang dimaksudkan. apakah pencariannya duniawi semata?

benarkah?tanpa ada sdikitpon unsur ukhrawi?

benarkah? kerna waima beberapa hari disini.

yang saya cari tetap bukan hasil kemajuan yang dicapai.

hati yang didalan jiwa tetap mencari alam semulajadi yang diciptakanNYA.

tetap mencari makhluk2 lain yang diciptakanNYA.

yang walaupun tanpa kemajuan tetap ia akan wujud.

malah mungkin lebih banyak lagi. mungkin.

namun DIA yang maha tahu segala.

jiwa tetap mengAGUNGkan kebesaranNYA.

syukur LILLAH ya tuhan. kerna masih sudi memberi rasa syukur dihati ini.

walau terkadang lidah melfaz rasa kagum dengan batuan ciptaan manusia.

sebentar cuma. kerna setelah itu ia pasti tenggelam oleh alam yang sempurna hasil ciptaanNYA.

terima kasih ya ALLAH.

dari bumi sydney.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, July 4, 2009

selamat ulangtahun abang hakim!

walau takku ada disisi namun kamu tetap dihati! ini betul tak tipu. semoga diberkati usia, usaha, tenaga, dan hidup sentiasa dalam redhaNYA. semoga ALLAH kurniakan jiwa rijal yang soleh kepada kamu.

apsal ayat skema nih? sebab nak tunjukkan rasa kasih sayang kepada adik sendiri. takkan tak bole? kan? HEHE. adik yang seorang ini tak pernah mintak apa2 pon dari saya. (yang lain: sungguh tak terkata. mintak macamlah kakak die print duit everyday. huh~) bile tanya jek nak hadiah apa? mesti jawapan yang dah boleh agak ini akan muncul; "tak nak hadiah apa2 bole?". maka saya pon dengan penuh sejuk hati; "ALHAMDULILLAH!!" HAHA nampak sangat tak iklas!

takde2. sebenarnya saya pon dengan penuh semangat akan cari sampai ke lubang cacing (cewah! sile hayati ayat2 hiperbola) hadiah ape yang sesuai nak dibagi. susah jugak camni. kite pulak penat memikir pasal hadiah ni. HAHA. kesimpulan cerita: cakap tak nak hadiah nanti dapat hadiah super duper best! kaedah "reverse psycho" name die. (banyak la kau. tak dapat hadiah langsung la nampaknye :p)

budak ini jugak dulu2 pernah datang sekolah saya. kawan2 biasalah sebok comel2 ngan budak kecik. bukan begitu? ada satu cubaan nak bersalaman ngan mamat tak ckp umur nih. dan2 tuh jugek die cakap; "HARAM.
mane bole pompuan salam ngan lelaki." HAHA. terkena abes budak yang cbe mengorat tuh! semua pon bantai gelak. apelagi guling2 lah dan bermacam lagi gaya2 bebas yang tak dapat ditaip demi menjaga nama baiik mereka. HAHA.

budak cool ini jugek yang paling rajin amongst siblings selepas si kakak sulung yang memang tidak dinafikan rajen. (cewah! nak mengangkat diri sendiri plak. HAHA). ok2 sebenarnye memang die lah yang paling rajin selepas kakak sulung. (eh ada lagi niat nak enter frame?) yang lain esp. yang terkecik tapi dah besar tuh. memang pandai auta lebih dari satu pusingan. piala pusingan memang die yang pegang. tak bagi can kat orang lain. langsung! HAHA.

cool tak cool jugek lah die nih. sebab pernah
nanges sampai demam kurus gara2 kalah hafazan. memang dah confident menang kot. tuh sebab tak dapat terima kekalahan. HAHA. eh kenapa gelak hal2 macam ni? seriuslah. tapi takpe abang hakim. jangan pernah putus asa menuntut ilmu ALLAH.

tegarkan jiwa kuatkan hati!
redha ILAHI itulah kunci
sukses ukhrawi mahupun duniawi


wit luv, kaktie <3


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS