tenang hati susah nak dibayangkan. alhamdulillah. syukur kepadaNya kerana dikurniakan pertemuan yang sungguh indah ini. ramai orang punya kenangan indah. bagi saya kenangan terindah saya tercipta disini. di bumi auckland yang sejuk ala kadar ini.
kenapa terindah?? kerana pertemuan ini diwarnai redha ALLAH dan saya tahu bila saya bertemu dengan dia saya akan rasa dekat kepada ALLAH. dia bukan siapa2. bukan seorang diplomat. bukan yang berhormat. apalagi minta dihormati.
mungkin kerana kata2nya yang sering sahaja disulami pesanan kepada kebenaran serta juga pesanan kepada kesabaran. secara bersahaja pun mesejnya sampai ke lubuk hati ini. makanya saya tak pernah rasa rugi bila sahaja bertandang ke daurah, jauhlah, atau apa sahaja program yang dianjurkannya. seperti dalam surah al 'asr:
demi masa. sesungguhnya manusia kerugian. melainkan yang beriman dan beramal soleh. juga yang berpesan pada kebenaran dan berpesan pada kesabaran.
saya rasa dia sungguh istimewa. kerna dikurniakan keistimewaan untuk mengenali ramai orang di sekeliling. tak macam saya. agak susah nak rapat dengan orang lain. mungkin masih punya masalah hati yang belum mampu diubati. ya allah, bantulah aku menyucikan sekeping hati yang engkau kurniakan untuk mengasihi saudara2 ku. aku belum menunaikan amanah itu sebaiknya lagi. moga selepas ini akan jadi lebih baik dan istiqamah.
ingin jadi baik!! perasaan itu sering sahaja terbit dalam hati. namun, bagaikan sekerlipan mata cuma. belum sempat apa2, nafsu lain datang menjengah. kalau setakat menjengah tak mengapa. ni siap merayu2 lagi. akhirnya, perasaan yang sering terbit tadi sering juga dikalahkan. tapi tak pernah mahu mengalah!
aduhai hati. kenapa begini?
0 comments:
Post a Comment