ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Wednesday, December 2, 2009

ringkasan

dah lama tak menulis. jangankan di alam maya. di kertas pon entah berapa kali je saya menulis. itu pun sebab ade borang abang akem nak kene isi. maka si kakak sulung yang rajin lagi prihatin ini telah menuliskan borang adik ketiga yang sah2 tidak buta huruf tersebut. HAHA.

okay. yang diatas juga adalah antara ringkasan yang serba sedikit ingin disampaikan. (ceh, tak payah cakap pon takpe kot.. ok suke hatilah, bukan??) kini berada di kampung kedua selepas pulang dari klang bandaraya indon + bangla. HAHA. tapi siyes bangsa tersebut kini telah membanjiri daratan mahupun perairan klang. mentang2 terdapatnya port klang, senang hatilah dikau wahai pendatang!! mengerumuni daerah ayahanda ku itu. eheh, naseb baik bukan daerah saya :p.

semalam telah dihabiskan melayan kerenah adik bongsu yang telah jatuh semput dan muntah2. tak. tak. tak jatuh. semput je plus muntah2. kesian iffah. dahlah berada di dengkil. ubat pulak tak dibawa. cuak juga aku time si kecil ini semput malam2. huhu. bunyi dadanya sudah cukup buatkan aku berdebar2. pagi2 lagi aku telefon cikcah minta tolong beliau hantarkan kami ke klinik. iffah diberi bantuan gas. allah saja tahu betapa cuaknya aku saat itu. tapi alhamdulillah. sekarang dah okay! terima kasih allah :) dengan ketentuanNYA, ayahanda bercuti semalam. dapatlah ambil iffah dan dibawa pulang ke rumah. dan pagi tadi bila telefon ummi katanya iffah dah sihat. ceh, bertuah punya budak! HEHE. tapi apa2 pon syukur lillah sebab iffah dah ok.

selain itu, saya juga amat terkilan kerana tak dapat attend liqo' di shah alam semalam. :( nak buat macam mana. saya perlu berada di kampung menemani nenda yang kini keseorangan. tapi kini bila berfikir semula, hati saya berbisik; "CANTIKNYA ATURAN ALLAH!"
yelah, semalam berlakunya liqo' itu. dan semalam jugalah iffah diserang lelah. syukur lillah. ALLAH memang perancang yang terbaek! DIA yang maha mengetahui, kan?

lesson learnt: terimalah dengan redha segala ketentuanNya. pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku.

owh, sebelum terlupa. tahniah diucapkan kepada si abang, muhammad hakim atas kejayaan beliau mendapat 5A dalam UPSR. kakti bangga dengan abang :) jadikanlah kejayaan ini sebagai inspirasi untuk terus berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. semoga setiap kejayaan abang diniatkan demi menegakkan syiar islam di muka bumi ini. moga kau jadi rijal yang soleh wa musleh.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: