ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Wednesday, July 28, 2010

berbuku dihati

15 syaaban baruuuuu sahaja berlalu. ramai orang panggil nisfu syaaban. tukar buku baru kata mereka. kata hati saya: "macamana lah rupanya buku saya yang dah tertukar itu. kosongkah? penuhkah? atau sekadar so-so?"

kata ayah: "tak mengapa. tambah lagi amalan", begitu kata insan yang menjaga saya sejak kecil ini. kata hati: "oh, ayah. sungguh cool bunyinya. benarlah kau my daddy cool (tetiba). tapi apa yang telah pergi takkan datang kembali. amal yang dulu manakan sama dengan amal yang kini.

mujahadah dulu manakan sama dengan yang kini. mungkin sekarang hati telah terbiasa untuk tidak melakukan sesuatu yang dulu amat susah untuk ditinggalkan. sekarang hati dah boleh detect "error" and automatically "delete" apa yang patut. yang dulunya hati dah detect error tapi masih simpan dalam quarantine box. hueh. betapa payahnya nak mensisihkan sesuatu yang amat dekat di hati. mujahadah dulu tak sama dengan kini.

persoalan ini berbuku dihati. adakah ini alasan untuk saya mengisytihar bahwa hati saya sudah berada di zon sungguh selesa? macam kalau dah pakai original punye anti-virus dah takyah "scan now" bila hard disk baru cucuk dalam lubang usb? gerenti bebas virus ke kalau tak scan now? HUHU saya bukanlah orang yang arif tentang ini. tapi sekadar mengingatkan. sekadar mahu berkongsi. sekadar mahu berpesan-pesan.

kalau sekarang sudah tidak ada lagi rasa mujahadah tu. carilah sesuatu yang baru yang masih bernanah dalam diri untuk di mujahadahkan. (haaa! apekah betul ayat ini??) bukankah gaya hidup muslim itu "jihad"?? jadi, buktikan! itu adalah gaya hidup anda! kita bukan perlukan banner untuk tulis cantik2 atas tu "J.I.H.A.D is our culture" bagi orang keramaian baca. tapi yang kita perlukan ialah hati yang terpahat tulisan "JIHAD gaya hidupku". cukuplah sekadar itu. dari situ akan kau dapati ianya terlahir secara zahir melalui buah2 amalmu.

mmm, sedapnya buah dari pokok yang bertumbuh diatas tanah yang subur! dari jauh pun dah nampak buah yang masak bersinar-sinar! eye-catching ay? terus nak datang dekat sebab didorong oleh kehendak nak rasa buah itu. :)

sekarang, bersihkan tanah itu dulu. gemburkan ia. buang dari tanah apa yang tak patut ada. supaya tak mengganggu tumbesaran pokok.

apa yang berbuku dihati, maka sucikanlah! apa yang bernanah dalam diri, maka korbankanlah! demi meraih cintaNya DIA!

yakinlah! sekali kau gapai cintaNya, kau dapat segalanya!

sayonara jahiliyyah!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: