ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Saturday, July 31, 2010

harapan buat mereka

tak semua orang faham apa yang ingin kau katakan. tak semua orang mengerti apa yang ingin kau luahkan. dan tak semua orang mendengar bila kau mahu mendengarkan. YA! itu sunnatullah! nak tak nak terpaksalah terima. eceh. terpaksa? macam tak best pulak bunyik, bukan? ok2 tukar kepada: nak tak nak kenalah terima.


okay, yang diatas adalah prolog. eceh. lebih kepada monolog dalaman sebenarnya.

saya....
bukan sesiapa mahu berbicara. lagi-lagi tentang hati orang lain.
bukan yang terbaik untuk berkata-kata. lagi-lagi soal hidup insan lain.

tapi, saya punya harapan untuk dikongsi....

ini harapan saya (buat MEREKA yang sentiasa dihati. oopps! nama dirahsiakan :p )

***************************************

semoga
se"kembali"nya kau selepas ini
kau beroleh bahagia abadi
yang mampu buat kau tersenyum
dan terus tersenyum

semoga
se"kembali"nya kau nanti
kau tak putus asa mencuba
hingga kau temui
apa itu erti kekuatan sebenar

semoga
se"kembal"inya kau nanti
kau terus mencari
dan terus cuba menggapai
cintaNYA dan hidayahNYA

semoga
se"kembali"nya kau nanti
jiwamu besar
dan cita-citamu tinggi
hingga lelah dan penat takkan dapat mengejarmu

semoga
se"kembali"nya kau nanti
kau beroleh cintaNya
dan akan kau kongsikan bersama yang lain

semoga
se"kembali"nya kau nanti
kau bertemu ketenangan abadi
yang bisa menetapkan hatimu

semoga
se"kembali"nya kau nanti
DIA kurniakan kau
dengan sahabat yang bisa
membawamu dan menunjuki mu
ke syurgaNYA

semoga
se"kembali"nya kau nanti
kau bertemu cahaya
yang bisa menerangi jalan hitammu
dan jalan hitam mereka yang lain.

semoga
se"kembali"nya kau nanti
kau tahu apa yang ku rasakan kini.

************************************

p/s: saya bukan yang tak pernah buat salah. lagi-lagi dalam episod hidup saya sendiri.

moga terus LILLAH!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: