ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Sunday, January 3, 2010

post baru

post baru konon. dah nak karat dah ruangan nih dibiarkan. dah basah kene hujan. terlebih lekang dek panas. HUHU

tahun baru hijrah + tahun baru masihi. moga2 hidup pon bertukar baru. eceh. banyak lah kau punye baru! kalau diri sendiri yang kerdil tak tinggi meninggi nih kau tak tukar baru. apa macam lagilah yang kau impikan baru itu?? tapi berangan tak salah. asalkan biar bertempat. biar selari dengan usaha dan tekad. ok semua orang pon dah tahu barangkali, bukan?? saya saja nak cri modal nak membebel supaya entri ni nampak lagi panjang. HAHA

alhamdulillah telah selamat mendarat di sebelah lautan. cewah. dah airport auckland nih dekat dengan laut nak buat macam manelah, kan?? semalam jam 12.50 pm waktu tempatan telah sampai di auckland international airport. secara mengejutkan rupanya dah ramai orang kat auckland nih haa. kalau saya taip "ramai" janganlah expect ramai macam kat malaysia sana nun. still banyak lagi kambing biri-biri putih berbulu tebal itu daripada manusia. tapi jangan pula kau underestimate kata auckland nih macam taman negara kat pahang tuh. tidak tidak!!

auckland nih sedang2 saja bilangan manusia yang menghuninya dikala ini. tapi sudah cukup membuatkan hati saya macam berbunga. cewah!! berbunga sebab banyak bunga kah?? memang banyak bunga tak leh tipu punya. tapi bunga dihati bertambah mekar dah macam taman bunga dah bukan hanya sebab banyak bunga kat albert park nun. tapi kerana saya nampak sesuatu sinar "pencerahan" di sini. eceh. ape yang kau cuba cakap nih? HEHE tak paham tak pe. tak payah peluh2kan otak nak paham. tak pernah masuk exam pon.

insyaallah akan saya gunakan kesempatan ini sebaik mungkin. tak dinafikan memang susah benar nak meninggalkan "zon selesa" phisycally di sana. tapi jauh di sudut hati, saya mahu segera disini. alhamdulillah sudah sampai pon disini.

moga DIA permudahkan segalanya. moga DIA tenangkan juga hati2 mereka yang tersayang disana. insyaallah :)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: