ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Thursday, January 28, 2010

ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH!!

alhamdulillahi rabbil 'alamiin
arrahmaanirrahiim !!!

DIA diatas segalanya. jadi kataNYA maka jadilah. tidak kataNYA maka tidaklah. takdirNYA mengatasi tadbir. perancanganNYA penuh cinta. pemberianNYA penuh pengertian. ujian dariNYA penuh tarbiyyah.
kembali kepadaNYA penuh maghfirah!

subhanallah alhamdulillah allahu akbar!!

***********************************
ketika ini orang sekeliling sume mengerjakan SAS. Mesti terpelik-pelik terheran heran apetah gadis typical malay ni buat. Due date da nak dekat sempat lagi menyelit-nyelit nak update blog lah sume. HEHE. Kene jadi “versatile” kan?? YAAAA. Assignment saya pon tak sudah lagi. Tapi ape salahnya nak ambil waktu sedikit,bukan??

Okay hampir sebulan sudah saya berada di bumi tak berapa nak sejuk ini. Dan overall ianya cuma okay! Saya harap selepas ini akan jadi lebih baik insyaALLAH. Atau paling tak pon semakin okay! Eh tapi macam tak kena.

Perlu bercita2 tinggi. Cukup kah sekadar okay, not bad saja?? A BIG NOOO!!!!

Saya mengimpikan sebuah harapan yang monster dan konkrit dalam diri saya. Dalam ruh daie saya yang fitrahnya menyampaikan. Saya minta ALLAH berikan saya hati sebesar whale di pacific ocean. Takkan kecut dek kerana nemo-nemo comel yang lain. Malah sentiasa membesar secara lebih monster lagi dengan memberi. Amal itu lahir dari member, kan?? insyaALLAH!!! Itu permintaan saya. Rancangan DIA, tiada siapa yang tahu J

Harapan kepada nemo-nemo comel;

Hadis Keduapuluh Satu

Dari Abu Amru dan dikatakan pula dari Abi Amrah Sufyan bin Abdullah r.a, katanya : " Saya pernah bertanya Rasulullah SAW : Ajarkanlah kepadaku suatu ajaran mengenai Islam, yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang selain daripada engkau. Sabda Rasulullah SAW : ' Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.' "

owh, ini pesan untu sang penaip terutamanya.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: