ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Tuesday, January 5, 2010

JAKARTA: phewwwiiitttt hannan

saat jejak kaki ini dibumi jiran malaysia tersebut. i have no heart feeling. sikit pon takde. selalu pun begini jugalah. perasaan biasa saja. tapi ade lain sikit dari biasa. ape yang lain?? HEHE. hati macam "bertukar-tukar". macam ade jongkang-jongkit dalam hati. kejap-kejap macam melonjak. kejap-kejap macam tercecah bawah tanah.

entah. itu je yang boleh dibayangkan. tak tahu perkataan apakah lagi yang patut digunakan. (saya memang selalu begini. tak pandai kosa kata. HUHU lagipun ini bukan pertandingan bina perkataan ke apetah sume tu)

bergerak ke HANNAN. teringat kata-kata ukhti ain; "korang jangan terkejut nanti. hannan sedang mengalami proses renovasi siang tadi. mungkin bersepah sikitlah". dalam hati saya; "ade akhawat yang buat plastik surgery ke ape ni??" HAHA. namun tak disuarakan pun bertanya siapa hannan tuh. tapi fareha di seat sebelah cepat mencelah. katanya hannan tu RI dijakarta. terus terhambur gelak saya. menggelakkan diri sendiri yang lembab sungguh ini :p

sampai saja di hannan. hati dah jongkang-jongket melambung diatas. HEHE. phewwwwiiittt3x terpukau sungguh dengan hannan yang bagaikan istana tersebut. mak oii, ini serius besar nih! mana nak sangka. jalan2 disini macam lorong belakang kedai saja. tapi rumah besar okay! eceh saya ini materialistik sungguh, bukan?? astaghfirullahalazim!!

owh a big NO!! usah terpukau dengan kemegahan rumah tersebut. kerana selain daripada keluasan yang macam balairaya (okay saya exaggerate!) tersebut. ade lagi yang lebih mengujakan. aksesori di hannan pon priceless!! takkan dapat dimana2 kedai perabot (okay yang ini TAK exaggerate. ini serius!). melihatkan aksesori rumah yang terdiri daripada graf ISK yang super besar, 10 muwasafat tarbiyyah yang tercatat kemas, gedung buku kalah general library (okay exaggerate lagi!), etc..hati bukan lagi jongkang jongket. tapi dah seperti swoop! terawang-awang diudara!!

dan bukan sekadar rumah dan aksesorinya yang mengujakan. penghuninya juga cukup membuatkan saya berkata WOW!! oooppps itu adalah kurang sopan. lebih manis lagi kalau disebut mashaallah!!(*saya selalu saja begini HEHE. semoga selalu santun lepas nih. i.allah) ini betul langsung tak tipu. mane boleh tipu, kan??

mereka adalah orang2 yang sungguh hebat. mereka juga orang2 yang mengajarkan saya tentang banyak perkara (walau pun hanya beberapa hari saja saya disitu). mereka orang2 yang sedang mempraktikkan 10 muwassafat tarbiyyah. (alamak ayat skema. tapi takpe saya memang nak cakap ini)

jadi, aksesori + suasana + orang di hannan memang melahirkan sesuatu yang mendamaikan. ini betul2 punya. tiada unsur exaggerate lagi *ape kes nak exaggerate??* okay. owh, dan mungkin kerana terlalu tenang hinggakan saya tertinggalkan khazanah disana. pakaian2 basah belum dibasuh telah selamat tinggal disana. ho ho ho!! (ceh, ini kes si pelupa sebenarnya :p)


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: