ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Monday, October 12, 2009

pelajar bermasalah

mahkamah pelajar, guru disiplin, denda, sistem merit, gantung sekolah. semua term tersebut memang mengundang perasaan agak seriau di zaman sekolah dulu. nampak sangat sekarang dah tua sebab zaman sekolah pun dah kategori dulu2. HAHA. dah macam boleh jadi orang dulu2 lah kan? ok, sila serius kan tulisan!

tapi itu dulu. waktu akal masih belum cukup matang untuk membeza mana emosi mana rasional. sekarang, bagaimana pula bentuknya?? adakah sistem2 hukuman yang tidak seberapa tegas (mana nak tegas kalau lepas kene probability akan ulang semula kesalahan sama = 80% at least. HEHE) diatas berjaya membentuk hati?? tepuk dada tanya lah iman. jawab iman, jawab!

secara implicitnya, mungkin tak sampai tahap berjaya. MUNGKIN. sebab sekarang saya adalah seorang pelajar bermasalah. tidak lah rock sangat kalau bermasalah sekadar suka mengkacau orang, suka mengusik, suka apetah lagi yang tak berfaedah. seriously, masalah saya ini lagi besar! cewah, bercakap macam masalah kau paling besar dalam dunia. ambiklah,ambik kalau nak sangat!

masalah hati. itulah yang terbesar. kerana hati itu lah yang menentukan buruk baiknya anggota lain. atau perlakuan lain. ini bukan saya yang suka hati nak taip. tapi nabi pon dah warning awal2 dalam hadis baginda.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
[Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim]

percaya sudah?? memang saya sedang mengalami masalah hati. sebab tu bila nak dekat exam ni perasaan macam tak tentu hala saja. cewah, ini bukan masalah angau okay. saya makan sampai kenyang, mandi pon for sure basah. HAHA. again, tolong serius sket please!!

baiklah, mari berserius bersama. tak tahu kenapa susah nak mencapai fokus. susah nak mencapai sungguh2 dalam erti kata sebenar. semuanya susah! baca satu line pon sampai setengah jam apa kes?? (a bit exaggerated but sometimes its really happen to me. apa macam lho?)

tapi disebalik semua ini. saya tahu ade seribu hikmah. tinggal saya saja yang perlu berfikir dan mencarinya. hikmah datang bergolek? memang boleh tapi nak menunggu ia bergolek2 sampai bila? exam hanya sket hari je lagi. kalau tunggu tak bergolek macamana? lu pikir lah sendiri! HAHA. kata2 keras penuh sinikal!

dalam setiap kesusahan pasti ade kemudahan. itukan janjiNYA juga. dalam setiap kepayahan disitulah letak kekuatan. kerna kita manusia yang sering alpa maka perlu selalu juga diingatkan. dan DIA maha halus dalam memberi peringatan, bukan?

okay. sekarang usah tunggu lagi. dah diagnos itu masalah hati maka ubatilah! jangan biarkan ia melarat hingga jauh terus dariNYA. sesungguhnya DIA sebenarnya rindu mendengarkan rintihan penuh harapan dari hambaNYA. sweet kan DIA? nur kasih pon takkan lebih sweet dari ini! (erkkk~~) really i tell u!

sempena exam yang akan menjelma nih. anggaplah kita bakal masuk ke medan jihad. usahalah sehabis daya. solat malam jangan lupa. baca dan tadabbur Quran jangan leka. puasalah jika terdaya. zirullah mesti berpanjangan. paling penting luruskan niat jangan lupa ye! carilah keseimbangan dalam setiap perkara yang akan, sedang, dan telah dilakukan. pesanan ini dibawa khas oleh si DIA yang maha mengetahui keadaan hambaNYA.

moga terus LILLAH!!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: