ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Wednesday, October 14, 2009

GULA-GULA KAPAS

memetik kata2 seorang bapa ber-anak empat. di suatu hari sungguh hening dan nyaman selalu. (eh tak selalu-hari ni je.) sebab hari nih anak dara kepada bapa ber-anak empat ini mentelepon beliau menyatakan rasa rindu puteri itu yang sungguh2 terhadap bapanya yang tercinta. ceh memang tak pandai malu ah puteri tersebut. mahu khabarkan rindu pada bapa sendiri dengan begitu selamba. HAHA.


tapi betol. bila saja puteri sulung tersebut menyatakan rasa rindu, si bapa pon telah menurunkan speed berkata2. kata2 beliau sekarang telah bernada sangat sayu dahla tu syahdu pula. oh, bayangkanlah!! (sape tak bayangkan memang rugi ah) seperti mode di pagi aidilfitri gayanya. ceh, hiperbola melampau nih!! sudahlah, sudahlah!! padahal memang jarang sekali si bapa seperti ini. selalu nak cepat2 pass kepada si ibunda yang memang telah siap sedia prepare skrip awal2. taklah tersasul bile memuntahkan segala bebelan. (huh~~ nak buat mcmne memang beginilah sikap ibunda. mungkin si ibunda merasakan perlu membebel setiap kali berkata2 dengan puteri yang tak seberapa tersebut)

perbualan yang tercipta pon penuh kasih sayang dan cinta. sorry, antara anak dan bapa sahaja boleh tahu betapa eratnya hubungan tersebut. ini adalah pesanan daripada kementerian pembangunan wanita dan masyarakat. semakin hari semakin sayang. ingat ye semua! ok sambung cerita. setiap kata2 si bapa bagai bersulamkan gula2 kapas warna pink atau putih. sungguh manisss tak terkata. si puteri pon melayan bapanya yang sedang gud mood tersebut,

*******************tiba-tiba***********************

anak: ayah, bagi nasihat sket. akak nih selalu malas lah sekarang. (dengan suara santun semulajadi. eheh)
ayah: haaa??? malaassss???!!!! (praaaangggg!!! saat ini gula2 kapas pon bertukar jadi HACKS! ahah. ambik kau!!) kalau malas balik ah. kat malaysia nih banyak lagi orang nak belaja. kau dah kat sana tinggal belaja je pon malas? ape kes nih?
anak: (dalam hati:alhamdulillah, ayahku dah kembali normal!! KAHKAH. sesungguhnya inilah sikap bapa yang sebenar. cewah!)
ayah: (masih tak habes lagi. mood bercakap dah "up" sekarang) tak belaja pasal JIHAD ke?
anak: owh, mestilah ade. jihad, bersungguh2.
ayah: jihad, buat sampai lembek.
anak: erk, ye2. betol3.
ayah: kalau tak belaja pasal jihad pon tak ape. hidup nih pon jihad dah sebenarnya. semua orang hidup sampai mati. sampai lembek. ade orang mati tak lembek?? ade??
anak: owh, takde ayah (seberapa skema yang mungkin. serius takot beb!)
ayah: bezanya cuma jika orang tuh hidup tak buat ape2. lembek dia hanya sia2. sebab semua orang pon pasti lembek. pasti mati. itu dah janji ALLAH. jadi, kesempatan yang ade nih, usaha lah semampu mungkin. biar lembek kita nanti lembek yang berbaloi. lembek yang boleh dibanggakan didepan ALLAH nanti. takdelah tergagap nak jawab nanti.
anak: (tadi baring terus duduk. cewah. semangat semangat!!)
ayah: malas2 nih sebab dah banyak belaja ke sebab ape nih? haa? ade hal lain ke nih? (uish, suara penuh syak wasangka tak boleh blah!)
anak: eh, malas nih tak de ape pon yang drive. datang dengan sendiri.
ayah: pandailah!
anak: =D

***********************************************************************


walau telinga terasa pedih. sebab satu per satu terkena batang hidung sendiri. namun saya rasa bertuah. kerana ade bapa seperti beliau. kerana beliau bapa saya. kerana saya anak puteri sulung beliau. kerana saya mudah alpa dan memang butuh kata2 seperti itu saat ini. alhamdulillah, terima kasih ya allah kerana kurniakan aku seorang bapa seperti beliau.

jihad, macam gula-gula kapas yang dah tersedia didepan mata. hanya perlukan sedikit usaha untuk menikmatinya. atau kalau tak, habislah ia dengan sendirinya. makin kecil tanpa disedari. bila dah kecil, jangan tanya lagi ke mana hilangnya. kerna tidak bisa diganti dengan yang sama dengannya. beli baru tak kira. tetap tak tak sama macam tadi. (ini perumpamaan saya sendiri yang buat. takde kaitan dengan watak bapa tadi. sila jangan salah faham. EHEH.)

btw, korang penah makan gula2 kapas tak? owh, sedapnya!! ok, bye!!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

cik kiah said...

huhu.. lawak sungguh entry tuan hamba... sungguh menarik n tertarik.. + penuh isi. ohh.. lupe pulak ini rombongan cik kiah dtg melawat

izzati bahauddin said...

eheh. yang baik ambik yang tak baik (seperti sifat anak tersebut. sape la tu??) simpan dulu then perbaikkan. :)