ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Saturday, February 7, 2009

teringat ku teringat. pada janjiMU ku terikat

teringat ku teringat. pada janjiMU ku terikat.

tiba2 akal tergerak untuk memikirkan kembali kata2 seorang sahabat. Hannan; yang saya temui ketika kami sama2 menyertai sebuah program anjuran ISMA.

pada waktu itu, salah seorang daripada kami (grup membe) telah menyatakan rasa bersyukur kerana diberi kesempatan menerima tarbiah apabila ditakdirkan ALLAH menerima pengajian di bumi yang jauh dari tempat kelahiran.

namun katanya, sebagai seorang full time muslim dan part time student. kita perlu sedar bahawa ALLAH menghantar kami ke bumi yang jauh (auckland n s for her; adelaide) adalah untuk menerima tarbiah dan meletakkan sebab menuntut ilmu sebagai alasan.

pada mulanya berpusing juga kepala saya mendengar hujah yang dilontarkan oleh hannan. tapi, akhirnya saya mula faham, mula sedar. sesungguhnya apa yang dikatakan oleh sahabat itu sungguh2 benarnya. kerana:

  1. bila ALLAH telah beraja di hati (memang itu yang sepatutnya) maka perkara lain adalah yang sampingan sahaja.
  2. sungguh2 tidak dinafikan bahawa tanggungjawab kami dibumi jauh itu adalah sebagai pelajar. dan kerja pelajar tentulah belajar. namun; belaja kerana ALLAH dan demi mencari keredhaan ALLAH itu jauh lebih indah dan itulah tanggungjawab sebenar kita (x kira dimana berada)
  3. apabila telah faham dengan yakin bahawa segalanya milik ALLAH (termasuk lah kejayaan, kegagalan, sedih, suka) maka dgn sendirinya rasa untuk ditarbiah itu menjelmakan diri. and we always want to please HIM the most!
  4. bila teringat yang kita semuanya terikat pada janjiNYA untuk hidup sbg hamba didunia. dan tugas hamba tentu sekali mengabdikan diri untuk TUHAN.
tanpa menidakkan atau melonggarkan sedikit pun tanggungjawab sebagai pelajar. kerana menuntut ilmu juga adalah satu ibadah. kan??

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: