ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Sunday, February 22, 2009

la tahzan

marah kpd diri sendiri. hatta kendiri pun tidak mampu menahan juraian air mata yang telah sekian lama minta di linangkan.

sedu sedan pun sendiri yang dengar dan tanggung. tiada siapa sudi mendengar.

tak mengapa. itu membuat saya kurang rasa bersalah kpd orang lain pula. sudahlah marah dituju kepada diri sendiri sahaja!!

tapi, akal menjengah dan membisik "jadi rasional!!". hati pula seakan menjerit "la tahzan!".

bukan bahagia saja yang ada didunia. sekalipun hanya ada bahagia saja. manusia takkan hidup kerna bahagia hanya mengajar kecapi rasa selesa.

kecekalan jiwa pun tak dapat jika hidup hanya bahagia. kan??

kepada hati, betul kata mu. jangan bersedih terus!! kerna bersedih hanya akan mencipta rasa kecewa lantas membunuh semua harapan yang ditanam sekian lama. (thanks waanii yang pernah katakan ini suatu masa dulu)

kepada cik "rational". saya pohon selalulah jengahkan diri saat hati tidak menentu.

dan kepadaMu Allah terima kasih kerna masih beri saya peluang mencari tabah dalam hati saat duka sendirian.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: