ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Wednesday, February 11, 2009

damba hati

saat menghabiskan masa membaca artikel-artikel penuh pengisian di laman web kegemaran ramai; iluvislam. mata pantas tertancap pada sebuah artikel bertajuk "7 sunnah nabi". dalam beberapa saat sahaja, artikel tersebut memenuhi ruangan skrin komputer riba.

ayat demi ayat, baris demi baris saya baca penuh minat. sambil melurutkan skrin ke bawah, pandangan seakan sedang menonton kembali hampir semua aktiviti sepanjang cuti musim panas ini. terpempan diri membaca satu persatu sunnah nabi junjungan itu.

saya bagaikan berperang dengan diri sendiri, malah. tuntutan hati kecil untuk membanding, membeda akhirnya mengheret diri untuk menilai: sejauh mana prinsip "istiqamah" yang cuba ditanamkan dalam diri sementelah kosa kata itu difahami dengan sebenar-benarnya.

hasilnya; laungan amat tegas diiringi jeritan maha kuat: "apa yang dah kau lakukan sepanjang disini?? hitungkanlah. sebesar manakah hati kau dibesarkan untuk DIA?? sebesar sagakah atau sebesar titisan airkah?? atau sekadar besarnya wap air yang hadirnya tidak dinampak dek mata kasar, mahu dirasa apatah lagi??" sepertimana satu persatu ayat tadi terpaksa ditelan, seperti itulah hati ini bagai dihambat alat yang maha tajam. akal berusaha mencari tempat untuk laungan itu tadi. pernyataankah ini atau sekadar pertanyaan?

walaubagaimana keras akal dan minda berusaha. namun yang pasti ada sesuatu sedang bersuara. jauh dilubuk hati yang bebas dari pengaruh akal dan hasutan minda. "wahai yang maha pengasih, ampunkan khilafku selama ini. tidak dapat ku hitung nikmatMU yang maha melimpah ruah. namun tak pernah aku hargai walau setitik dari limpahan itu. wahai yang maha membolak-balikkan hati. tetapkan hatiku diatas jalan agamaMU dan diatas jalan ketaatan kepadaMU. pandanglah diriku. hamba yang maha lemah ini wahai tuhan yang maha agung. dengarkan aku. wahai tuhan yang maha mendengar segala isi hatiku yang mendambakan ampunan dariMU."

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: