ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Saturday, September 26, 2009

she does'nt speaks arabic, she is malaysian!

ececeh. minah arab nih dan2 je cakap ak tak pandai cakap arab. tak try lagi tengok ak membelit kan sedikit saja lidah yang dah sedia terbelit nih untuk berkata2 arab. eh, apsal nak emo pulak nih? HAHA nampaknya jari yang menaip telah ada power sendiri yang dapat menukar intonasi ayat. cewaaahhh! berkuasa lah kunun. sungguh tak boleh blah!

okay. serius sket! sebenarnya kejadian ini telah berlaku beberapa minggu yang lalu. dah jadi beberapa bulan kot kalo dikira secara exact value. tapi bunyinya macam lama sangat lah bukan kalau berbulan2? jadi saya ambil estimate sahaja dengan estimated error lebih kurang 1 bulan. macam accurate lagi kan bunyinya?? HAHA. nih apsal dah masuk terlalu banyak educational term? sebab saya nak jadi seorang skematik dalam segala hal lah!

ketika berbual dengan seorang saudari dari timur tengah di uni mosque. telah datang seorang rakannya yang merupakan saudari juga. secara tiba2 (tidaklah terlalu tiba2 tapi reaksi mencelah tersebut bolehlah diklasifikasikan secara tiba2) saudari yang jadi rakan saudari pertama tadi telah membuat kenyataan yang sungguh proud kepada dirinya dan mungkin rumpunnya. beliau telah mengannouce bahawa sesungguhnya saya tak pandai cakap arab.

padahal memang kau tak pandai kenapa nak emo pula, kan? HEHE again,ini bukan emo tapi sebab saya semacam jeleslah dengan mereka yang pandai speaking arabic nih la kan.kerana bahasa itu lah yang digunakan dalam kitab suci yang dipegang oleh saya dan juga semua. sape tak jeles, itu mother tongue mereka sudah pasti mereka dan keluarga mereka apatah lagi, mudah untuk memahami isi kandungan Quran. tak begitu?

bukan mempersoal tapi sekadar melahirkan hasrat hati yang kecewa dengan diri sendiri kerana dah lama tinggalkan pembelajaran bahasa alquran tersebut. kalaulah boleh, saya nak continue belajar arabic secara serius. DENGAR BAIK2 PENGAKUAN INI:
SAYA MAHU BELAJAR ARABIC SECARA SERIUS. ANYONE CAN HELP ME? cewaaahh! macam anak raja nak offer2 orang nak datang mengajar. sendiri yang mahu belajar, sendirilah cari alternatifnya. bukankah itu lebih bagus dari hanya menerima sahaja apa yang diberi??

dan beberapa hari lalu, ade seorang sahabat yang bercerita tentang coursemate beliau yang bertutur dalam bahasa arab tersebut. tapi sayangnya, coursemate tersebut tidak tahu membaca alquran. kata beliau tak tahu membaca tulisan yang didalam alquran itu. mulanya saya shock macam susah nak terima terdapat insan2 seperti ini di dunia ini. namun bila rasional datang, saya terfikir sendiri ape pelik sangatlah bukan kalau ade antara kita yang tahu memberi salam dengan lafaz "assalamualaikum" tapi tak tahu pula cara mengejanya. buktinya memang telah ade dan sungguh banyak sekali berlaku. ada yang eja jadi "islamualaikum" sudah la pulak! jadi, pastikan setiap kali berfikir, jangan hanya bawa otak saja. tapi bawa lah bersama cik rasional juge :)

dalam rasional yang datang menjengah saya bersyukur. waima saya tak tahu cakap arab dengan fasih pon. tapi saya masih diberi peluang dan kesempatan untuk faham cara2 nak baca alquran. itu yang penting. again, bila rasional dah datang hati pon akan berkata2 dengan lafaz penuh keimanan dan penuh rasa terima kasih kepada ALLAH- kerana ALLAH pandang pada usaha dan bukan hanya pada hasilnya saja. owh, sungguh sweet kan? MAHA PEMURAH nya DIA kepada kita. tak kesah pon ape pengakhirannya atas ape yang kita usahakan. tapi DIA memandang dengan penuh teliti usaha yang kita dah lakukan ke arah yang diingini tersebut.

jadi, jangan pernah rasa putus asa menuntut ilmu alquran. walau kita merangkak cuma, bertatih apetah lagi. mungkin terlalu jauh lagi untuk berlari pula. namun, ingatlah semkin sukar jalan yang ditempuh, semakin manis hadiah yang dijanjikan ALLAH kepada kita. semakin banyak pula pahala yang diganjariNYA. dan semakin tinggi pula darjat kita disisiNYA. sebab kita berusaha sepenuh hati berbekal tumuhat yang tinggi. lainnya, serahkan saja pada DIA kerna DIA YANG MAHA PENENTU SEGALA.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: