ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Thursday, September 17, 2009

jangan ucap selamat tinggal




ke hadapan mr.Ramadhan yang dicintai,

sesudah 11 bulan kau datang lagi. rindu hati tak terkata saat menyambutmu di lapangan hati. walau waktu itu ku rasakan lapangan itu kering, tandus. namun ku gagahkan jua buat membasahi mana-mana yang mungkin tunggu saja disiram atu mungkin jua yang tegar liat nak lembab pon susah.

teringat hari pertama kedatanganmu ku sambut penuh riang. seisi rumah bagaikan mengalu-alukan kehadiranmu saat itu. semua pon terlalu rindu kamu. diri ini jangan cakaplah. tak terkata rindunya aku padamu. hati bagaikan dapat semangat baru. semangat yang seolah-olah berbisik mengatakan "DIA sayangkan kau, sebab tuh mr. ramadhan jenguk kau lagi sekali tahun ini". pantas jiwa yang terdalam menyahut "terima kasih ya allah!! tak ternilai pemberian ini"

sepanjang bersamamu, setiap hari kurasa bagai mahu punya mesin penagguh masa! tak mahu kau berlalu. kerna ku tahu andai ini yang terakhir kali, mampukah aku peroleh kenangan termanis dan terindah yang terluang bersamamu. kadang terdetik di hati bagaimanakah yang indah2 tu? adakah indah padaku saja? bagaimana pula bagimu, ramadhan? layakkah aku mengukir yang terindah dan termanis bersamamu sebelum masa memanggilku??

sungguh-sungguh. aku ingin setiap malam bersamamu kuhabiskan dengan sebaiknya. ingin ku penuhi dengan amal yang first class. itu cita-cita ku. namun ada ketika aku seakan terlupa, alpa tentang keberadaan mu. duhai ramadhan, mudahnya diri ini terleka! maafkan diri ini kerana terlalu banyak menabur janji dan terlalu banyak juga yang dimungkiri. bagaikan tak pernah menghargai kehadiranmu disini, aku leka dengan duniawi.

kini, fitrahmu kembali. masamu dipanggil meninggal pergi. tinggalkan aku disini. hanya ade beberapa hari lagi. sebelum kau benar2 melangkah pergi. 11 bulan lagi baru kembali. tapi, tiada yang pasti. hari hadapan tak menjanjikan apa2 buat diri ini. entah esok, lusa, diri ini pula akan dipanggil menghadap ilahi. kapankah bertemu lagi, duhai pujaan hati??

hanya kuharap baki masa yang masih tersisa ini. dapat aku manfaatkan bersamamu. agar dapat kukecapi tahap taqwa yang dijanji. agar dapat mendidik hati ini tegar dan lebih teguh 11 bulan akan datang ini. wahai jiwa rijal yang punya tumuhat tinggi. hadirlah!!

p/s: i cinta u, ramadhan! jangan lupe beritahu bile nak datang lagi ye ;)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: