ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Saturday, April 4, 2009

mungkin dia lebih perlu

seringkali. malah selalu juga. saya takkan terlepas daripada kondisi ini.

sebelum membuat sesuatu, saya sering terfikir siapa yang lebih perlukan sesuatu itu. akhirnya seringkali juga hati berpihak pada org lain. saya rasakan dia lebih perlu. oleh sebab itu; dia lebih perlu lah! HUHU.



tak2. ini betul2 perlu. tapi pada masa yang sama saya tak rasa pon perkara ini meminggirkan diri sendiri (sbb tade orang pon yang meminggirkan saya di jalanan :p) tapi still saya tetap akan rasa yang ada orang lebih perlu kepada sesuatu yang saya perlu.



saya juga percaya andai sesuatu itu tak dituliskan atau tertulis (sebab DIA dah tulis awal2 lagi. bukan sebab saya rasa ada dia yang lebih perlu kemudian perkara itu bukan untuk saya. fahamkah?? tak faham takpe. takkan diaccess pon dan takkan ade evaluation pon. HAHA) untuk saya, pasti ada yang lebih baik atau akan diganti dengan sesuatu yang lain. ini betul tak tipu punye. janji ALLAH itu kan pasti?



bersangka baik terhadap ALLAH adalah ubat bagi semua perkara. kerana secara tak langsung kita mengingatiNYA dan bukankah hanya dengan mengingati ALLAH hati2 manusia itu akan jadi tenang? tenanglah duhai hati! pasti datangnya sesuatu yang lain barangkali dengan jalan yang tidak disangka2. hanya DIA yang maha mengetahui. dan DIA beri apa yang kita perlu. bukan apa yang kita mahu. [tapi kau selalu tahu ape yang kau mahu jek. tak consider langsung ape yang kau perlu sebenarnye!]



tak semua yang kita fikirkan saat ini adalah yang kita perlu. nama pon insan. semua pon tak perfect lah bukan?? oleh sebab itu perlu selalu berserah diri padaNYA. tapi dengan syarat kita telah usaha yang terbaik. jangan menonong aje berserah diri. tanpa usaha. kerana sunnatullah dah menetapkan; kalau nak sesuatu mesti usaha. bila dah usaha mesti ALLAH tolong. bukan??

towards the end, saya pon tak tahu menahu lah apekah tajuk benar2 sesuai dgn entri nih. tapi kalau tade tajuk tak menarik pulak. fikir punye fikir smpai ke sudah entri nih tak terbentang nanti. jadi, hentam sajalah! janji ade tajuk :p

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: