ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Sunday, January 11, 2009

dalam bala ada rahmat

isu paling panas abad ini: P A L E S T I N E !

setiap hari paparan media berkisar bumi al aqsa ini. saya percaya seluruh umat didunia yang masih bergelar "manusia" layak melampiaskan marah mereka kepada ISRAEL LAKNATULLAH itu.

ISRAEL, satu bangsa didunia yang kini sedang aktif dalam cubaan menjalankan usaha mengiktiraf negara "berdaulat" dengan cara menceroboh palestine!! Suka atau tidak, nampak atau tidak. Namun bagi saya tindakan israel jelas sekali memaparkan cubaan "pembersihan etnik".

jika tidak, masakan kanak2 dan para wanita dibedil APACHE tanpe belas kasihan??

Baru2 ini, seorang rakan melahirkan rasa marahnya yang teramat kepada rejim zionis ini. katanya, kita semua perlu bangkit. tapi kata beliau takut2 nanti malaysia pula yang dibom!!

namun kata saya (dalam hati):

Jika semua negara islam didunia ini mengambil tindakan keras keatas rejim zionis yang maha kejam ini. Mana mungkin kita akan dibom!!

Dari sudut kewangan, serangan dan bedilan2 yang dilancarkan keatas palestin telah menelan belanja jutaan USD. Hinggakan senario kegawatan ekonomi di bumi US yang menjadi pemegang ekonomi dunia kini semakin rancak diperkatakan. Bagai retak menanti belah!!

Ini semua gara2 kerelaan US menjadi boneka israel dan dengan rela hati menjadi supporter kepada peperangan yang berlaku.

Tapi, ingat allah sedang bicara dengan kita semua. Dan ingat! dalam bala ada rahmat. inilah waktu terbaik untuk kita bertindak dengan cara memerangi ekonomi US yang kelihatannya bukan lagi gawat tapi seakan mahu menyembah bumi!!

oleh itu, mari boikott beramai2! jangan jadi sebahagian dari penyumbang ekonomi zionis itu!!

*seruan untuk saya juga. semoga allah tetapkan hatiku di jalanNya dan diatas agamaNya!!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: