ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Saturday, October 23, 2010

aiskrim giapo

semalam duduk anak-beranak di sebuah rumah yang tenang mata memandang ^___^. huh? permulaan macam mana ni? beranak-beranak pulak? ehem2 hidup sungguh bermakna bila dapat duduk anak-beranak macam ini. lalu, kata seorang anak; "kadang-kadang kalau mak saya suruh buat sesuatu lagi lah saya takmau buat". lalu anak yang kedua menyokong 100%. lalu anak ketiga pula up lagi ke angka melebihi 150%. lalu anak seterusnya pula tak ketinggalan menyokong. so, kau anak keberapa? (-__~)


************************************************

pernah dengar lagu bagaikan sakti? eh bukan bagaikan puteri ala2 masuk ke alam princess tuh. haaa! dah ingat kan? kan?

"....cinta ini hakikatnya aku serahkan jiwa dan raga..jika ini ketentuannya...kau kan jadi milikku...lalala~" haip2 biasa tu dia. jahiliyyah ni tak boleh lama2 ye :p

hihi. bukanlah saya nak mengajak orang lain imbau kembali zaman jahiliyyah ke ape ke. cuma saya tertarik dengan lirik itu. jika dah cinta sanggup serah jiwa raga segala. itu dalam lirik yang manusia buat. ilham dari seorang manusia. karya seorang hambaNYA.

lirik sepuitis dan semanis aiskrim giapo perisa chocolate brownies (baru makan tadi AHAHA) mampu mencairkan hati dan telinga yang mendengar. kadar pencairannya berkadar terus macam makan aiskrim giapo perisa strawberry di musim summer bertemankan mentari yang setia menterikkan suasana. (baru terjadi jugak tadi HEHE) cepat cair, bukan? kalau diam tandanya setuju :)


*terliur tak??

namun, pernah kah terlintas atau terfikir yang cinta dari sang Pencipta kepada pencipta lagu dan lirik itu, bukan lagi bagaikan sakti tapi bagaikan galaksi bimasakti! pernah ke? pernah ke?

bukankah kita telah beriman yang DIA punya 99 nama? bukankah kita telah percaya dengan yakin bahawa antara nama-nama NYA adalah ar-Rahmaan? ar-Rahiim? al-Waduud? al-Ghaffar? bukankah setiap hari sekurang-kurangnya kita akan sebut namaNYA yang ar-Rahmaan dan ar-Rahiim sebanyak 17*2=34 kali?

sifat Maha Pengasih Allah tak terbanding oleh sesiapa pun. sifat Maha Pemurah Allah tiada dapat di tandingi oleh apa-apa makhluk pun. oleh sebab itu, kita seringkali tak terasa bila Allah menyuruh kita berbuat sesuatu. selalu saja kita kurang terasa bila Allah mahu menegur. tarbiyyah dari Allah itu kan paling halus? macam ice snow yang bila makan macam takde ape2. (musim panas macam sekarang memang suka nak cakap pasal aiskrim HUHU). tapi hujungnya akan terasa manisnya atau akan tersedarlah yang Allah sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kita! didikan Allah itu kan penuh hikmah, bukan begitu?

dari sudut lain, perasan kah kita yang setiap bait2 dan ayat2 dalam AlQuran yang jadi teman kita sehari-hari itu terkandung suruhan dariNYA? selalunya tidak, bukan? nah, lihat disini betapa sifat Maha Penyayang Allah terzahir dalam setiap firmanNya dalam al-Huda itu! hingga tak terasa oleh kita itu adalah suruhan! dan sering kali kita berbuat silap kepadaNYA, namun tak pula terus dihentamnya kita. kan kan kan?


owh, DEAR ALLAH, YOU are so sweeeett lah!

*persoalannya;

1.kenapa bukan pasal aiskrim giapo pun entry nih? arrrrgghhh!

2.bila pulak kita nak jadi hamba NYA yang sweet? selamat bermujahadah!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: