ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Wednesday, December 16, 2009

kehilangan

semua pon pasti merasai kehilangan, bukan?? masa saya kecik2 dulu dah pernah rasa sebuah kehilangan insan terpenting dalam hidup. tapi masa itu ade ramai bapa2 saudara dan mak2 saudara yang tolong tenangkan jiwa anak kecil. itu dulu. 16 yrs ago HUHU. then bila dah besar2 begini saya amat sayu dan kagum mengenang semula usaha semua pihak yang telah bersusah-payah buat everything. hanya untuk anak kecil ini (dulu lah gelaran anak kecil ini dipakai) rasa tenang.

paling tabah ialah ayahanda tercinta. kerana ibu pergi sehari sebelum birthday ayah. tapi ayah saya cool saje. dan bole relaks2 lagi bawak kami pegi jalan2 lah, picnic2 lah, makan2 lah. tak pernah saya tengok beliau termenung atau tak layan kami. beliau macam sentiasa nak kami rasa tak kehilangan. terima kasih ayah atas pengorbananmu itu. tak terbayar rasanya!! walau apa pon yang akak buat untuk ayah lepas nih pasti takkan sama dengan apa yang telah diberi sejak diri ini mula kenal dunia!

okay done dengan cerita tentang diri sendiri. kehilangan bila dah besar2 nih pasti lagi pahit. hanya yang mengalaminya yang tahu bagaimana rasanya. takziah untuk ukhti teh afifah atas kehilangan suami tercinta. post ini mungkin agak lambat kerana................. *rupanya dulu saya dah buat entri nih. tapi tak siap then kena edit balik. HUHU.

walaupun saya tak dapat pergi kedah itu hari tapi saya selalu mendoakan ketenangan sentiasa mengiringi kak teh. ujian untuk beliau amat berat. namun hanya ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA. semoga rahmat ALLAH mengatasi segalanya. DIAlah diatas segala sesuatu. DIAlah yang menghidupkan dan DIA lah juga yang mematikan.

kepada kak teh; ingatlah hujan terkadang nampak lebat dan seperti tak mahu berhenti. di saat orang lain seakan merungut mengira bilakah akan berhentinya hujan. percayalah pasti akan muncul mentari dan bersama2nya ade pelangi yang amat indah. itu hadiah yang tak terhingga dariNYA. * tak sabar nak jumpe kak teh di auckland!! uhibbuki fillah kak teh dear!*

selain dari itu, on the very same day (hari pemergian akh ariff sekeluarga), saya juga kehilangan seorang guru bahasa arab sewaktu di maahad dulu. beliau ialah allahyarham ustaz arman rusoff. takziah diucapkan kepada seisi keluarga beliau. beliau pergi setelah seminggu diserang strok. ketika itu beliau sedang bertugas di jordan. banyak sudah ilmu yang dicurahkan kepada kami, anak2 didik beliau di maahad.

termasuk beliau, saya sudah kehilangan 2 per 3 daripada guru bahasa arab saya. HUHU. seorang lagi ialah allahyarhamah ustazah jamilah bt rasul. beliau pergi meninggalkan anak2 yang comel2 belaka saat itu. oh, bagaimanakah anak2 itu sekarang? pasti sudah besar!! rindu sungguh dengan mereka! semoga mereka kian matang menempuh hidup tanpa ummi jamilah :)

akan saya abadikan nama mereka2 yang telah banyak menyumbang kepada ilmu bahasa arab yang tak seberapa ini. bila dah kehilangan begini, saya reflect balik diri saya; sudahkah saya amalkan ilmu itu?? oh tidak! mcmne nak mengenang mereka jika tak amalkan apa yang telah dicurahkan? kerana mereka sudah terputus pahala didunia ini. kecuali:
  • doa anak2 soleh
  • amal jariah selagi ianya diamalkan dan diajarkan
jadi, saya perlu mengasah semula ilmu bahasa arab saya yang tak seberapa ini supaya pahala mereka berterusan. semoga ALLAH memberkati roh mereka yang telah pergi. tenangkanlah roh mereka ya ALLAH. tempatkanlah mereka dikalangan orang2 yang beriman. ameen

**bila dihimpunkan semua kehilangan yang pernah saya alami. how can i guarantee that the next will not be me?? sendiri mau ingatlah!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, December 2, 2009

ringkasan

dah lama tak menulis. jangankan di alam maya. di kertas pon entah berapa kali je saya menulis. itu pun sebab ade borang abang akem nak kene isi. maka si kakak sulung yang rajin lagi prihatin ini telah menuliskan borang adik ketiga yang sah2 tidak buta huruf tersebut. HAHA.

okay. yang diatas juga adalah antara ringkasan yang serba sedikit ingin disampaikan. (ceh, tak payah cakap pon takpe kot.. ok suke hatilah, bukan??) kini berada di kampung kedua selepas pulang dari klang bandaraya indon + bangla. HAHA. tapi siyes bangsa tersebut kini telah membanjiri daratan mahupun perairan klang. mentang2 terdapatnya port klang, senang hatilah dikau wahai pendatang!! mengerumuni daerah ayahanda ku itu. eheh, naseb baik bukan daerah saya :p.

semalam telah dihabiskan melayan kerenah adik bongsu yang telah jatuh semput dan muntah2. tak. tak. tak jatuh. semput je plus muntah2. kesian iffah. dahlah berada di dengkil. ubat pulak tak dibawa. cuak juga aku time si kecil ini semput malam2. huhu. bunyi dadanya sudah cukup buatkan aku berdebar2. pagi2 lagi aku telefon cikcah minta tolong beliau hantarkan kami ke klinik. iffah diberi bantuan gas. allah saja tahu betapa cuaknya aku saat itu. tapi alhamdulillah. sekarang dah okay! terima kasih allah :) dengan ketentuanNYA, ayahanda bercuti semalam. dapatlah ambil iffah dan dibawa pulang ke rumah. dan pagi tadi bila telefon ummi katanya iffah dah sihat. ceh, bertuah punya budak! HEHE. tapi apa2 pon syukur lillah sebab iffah dah ok.

selain itu, saya juga amat terkilan kerana tak dapat attend liqo' di shah alam semalam. :( nak buat macam mana. saya perlu berada di kampung menemani nenda yang kini keseorangan. tapi kini bila berfikir semula, hati saya berbisik; "CANTIKNYA ATURAN ALLAH!"
yelah, semalam berlakunya liqo' itu. dan semalam jugalah iffah diserang lelah. syukur lillah. ALLAH memang perancang yang terbaek! DIA yang maha mengetahui, kan?

lesson learnt: terimalah dengan redha segala ketentuanNya. pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku.

owh, sebelum terlupa. tahniah diucapkan kepada si abang, muhammad hakim atas kejayaan beliau mendapat 5A dalam UPSR. kakti bangga dengan abang :) jadikanlah kejayaan ini sebagai inspirasi untuk terus berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. semoga setiap kejayaan abang diniatkan demi menegakkan syiar islam di muka bumi ini. moga kau jadi rijal yang soleh wa musleh.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, October 27, 2009

mereka

lame sudah rasanya tak menulis tentang mereka. hal2 duniawi telah memisahkan saya dan mereka. tapi moga2 hati yang satu ini tetap bersama mereka. moga2 mereka tahu saya sentiasa ada mendoakan mereka. saya tetap disini terkenang mereka. walau hanya satu kenangan, namun itu amat penting bagi saya. untuk buat saya sentiasa tenang. bukan sekadar lenang dibalut senang di horizon saya.

apsal tetibe nih?? ok kah kamu yang menaip ini?? ENTAH. kala2 macam ini teringat perjuangan mereka yang dibumi sana. saya menghitung hari nak exam. mereka hitung hari nak lihat matahari. saya hitung hari nak balik malaysia walaupun panas masih dicintai. tapi mereka menghitung hari berapa lama lagi nadi akan berhenti. saya menghitung jam untuk bersua muka dengan keluarga. mereka menghitung sudah berapa ramai ahli keluarga yang telah dipanggilNya.

kedengaran agak melankolik. agak sentimental. agak meruntun jiwa. tapi saya bersyukur diberi ALLAH nikmat ini. perasaan sedih dan hiba ketika teringatkan mereka adalah suatu nikmat. nikmat dari ALLAH supaya saya sentiasa bersyukur atas nukmat DIA yang maha memberi rezeki. tak bertepi nikmat tersebut. walau dihimpun 7 lautan pon, takkan mampu membandingkan nikmat DIA. owh, terima kasih ALLAH!!

dah, taknak tulis lagi. nak copy paste saja. ini lirik yang saya suka. yang memang menyentuh perasaan saya. dan lately nih saya selalu dengar ketika sesi mengulangkaji. hehe. ayat skema. ok. ambik nih. selami lirik ini dan pikirlah sendiri!!

Look into my eyes
Tell me what you see
You don't see a damn thing
'cause you can't relate to me
You're blinded by our differences
My life makes no sense to you
I'm the persecuted one
You're the red, white and blue

Each day you wake in tranquility
No fears to cross your eyes
Each day I wake in gratitude
Thanking God He let me rise
You worry about your education
And the bills you have to pay
I worry about my vulnerable life
And if I'll survive another day
Your biggest fear is getting a ticket
As you cruise your Cadillac
My fear is that the tank that has just left
Will turn around and come back

Yet, do you know the truth of where your money goes?
Do you let your media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows
Has our world gone all blind?

Do you know the truth of where your money goes?
Do you let your media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows?
Someone tell me...

Ooohh, let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohh my brothers, Ohh my sisters
Ooohh, shine a light for every soul that ain't with us no more
Ohh my brothers, Ohh my sisters

See I've known terror for quite some time
57 years so cruel
Terror breathes the air I breathe
It's the checkpoint on my way to school
Terror is the robbery of my land
And the torture of my mother
The imprisonment of my innocent father
The bullet in my baby brother
The bulldozers and the tanks
The gases and the guns
The bombs that fall outside my door
All due to your funds
You blame me for defending myself
Against the ways of my enemies
I'm terrorized in my own land
But am I the terrorist?

Yet, do you know the truth of where your money goes?
Do you let your media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows
Has our world gone all blind?

Do you know the truth of where your money goes?
Do you let your media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows?
Someone tell me...

Ooohh, let's not cry tonight, I promise you one day it's through
Ohh my brothers, Ohh my sisters,
Ooohh, shine a light for every soul that ain't with us no more
Ohh my brothers, Ohh my sisters,

America, do you realize that the taxes that you pay
Feed the forces that traumatize my every living day
So if I won't be here tomorrow
It's written in my fate
May the future bring a brighter day
The end of our wait

(pause)

Ooohh, let's not cry tonight, I promise you one day it's through
Ohh my brothers, Ohh my sisters,
Ooohh, shine a light for every soul that ain't with us no more
Ohh my brothers, Ohh my sisters,

Ohh let's not cry tonight I promise you one day is through
Ohh my brothers! Ohh my sisters!
Ooh shine a light for every Soul that ain't with us no more
Ohh my brothers! Ohh my sisters!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, October 17, 2009

waalaikumussalam, thank you! (=

hmmm, interesting!! apetah yang menarik sangat secara mendadak ni?

usai solat asar di uni mosque tadi. typical malay girl akan membetulkan kain tudung. HUEH. (perlu kah kau explain tentang ini?) macam tak perlu saja. tapi saya punya blog lah bukan?? :P

okay, kembali serius!! dari sisi cermin tempat membetulkan tudung terlihat lah seorang arab yang membetulkan selendang juga. again, macam tak perlu sangat lah, kan.

takpe, proceed cerita. saya pon dengan penuh hemah telah memberi salam "assalamualaikum". dengan muka penuh kemanisan macam gula2 kapas. cewah!! (ape nih?? tak habes2. HUHE)

seketika itu. tanpa selang masa yang sket pon tak lame, wanita itu menjawab. "waalaikumussalam, thank you!". dengan senyuman lagi indah dari mana2 gula2 kapas.

saya pon macam biasa. sedikit blur waktu tersebut. sedang berfikir apa betol ke yang aku dengar tadi? apetah yang aku bagi pulak dia cakap thank you. untuk apa? untuk apa? (bila telah blur, neuron dalam otak pon agak lembab. kadar traffic flow mungkin tinggi waktu2 blur. erk~ ape kau taip nih?? baca je lah!!)

dan seketika yang agak lame dari tadi. baru saya nampak! (memang blur sungguh nih.)


'assalamualaikum' = may peace be upon you. atau dengan kata yang lebih panjang; mendoakan seseorang muslim yang lain.



owh, sungguh sweeeeeetttttttieeeeeee macam lebih dari gula2 kapas warna pink, putih, biru, purple atau ape2 warna lah. tak larat nak explain; deen yang jadi cara hidup saya, kamu dan semua muslim ini. takyah tunggu hari2 tertentu. takyah tunggu orang kenal kita. (macam terkenal lah kan??) atau kita kenal orang. asal jumpa saja boleh terus mendoakan sesama kita.

kerana bukankah muslims itu bersaudara? persaudaraan akidah yang menyatukan kita semuanya sebagai satu ummah. ummah yang diangkat darjatnya disisi ALLAH. owh, sweet okay sungguh sweet!!

jadi, tebarkanlah salam antara kita. walau dimana sahaja. walau siapa jua.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, October 14, 2009

GULA-GULA KAPAS

memetik kata2 seorang bapa ber-anak empat. di suatu hari sungguh hening dan nyaman selalu. (eh tak selalu-hari ni je.) sebab hari nih anak dara kepada bapa ber-anak empat ini mentelepon beliau menyatakan rasa rindu puteri itu yang sungguh2 terhadap bapanya yang tercinta. ceh memang tak pandai malu ah puteri tersebut. mahu khabarkan rindu pada bapa sendiri dengan begitu selamba. HAHA.


tapi betol. bila saja puteri sulung tersebut menyatakan rasa rindu, si bapa pon telah menurunkan speed berkata2. kata2 beliau sekarang telah bernada sangat sayu dahla tu syahdu pula. oh, bayangkanlah!! (sape tak bayangkan memang rugi ah) seperti mode di pagi aidilfitri gayanya. ceh, hiperbola melampau nih!! sudahlah, sudahlah!! padahal memang jarang sekali si bapa seperti ini. selalu nak cepat2 pass kepada si ibunda yang memang telah siap sedia prepare skrip awal2. taklah tersasul bile memuntahkan segala bebelan. (huh~~ nak buat mcmne memang beginilah sikap ibunda. mungkin si ibunda merasakan perlu membebel setiap kali berkata2 dengan puteri yang tak seberapa tersebut)

perbualan yang tercipta pon penuh kasih sayang dan cinta. sorry, antara anak dan bapa sahaja boleh tahu betapa eratnya hubungan tersebut. ini adalah pesanan daripada kementerian pembangunan wanita dan masyarakat. semakin hari semakin sayang. ingat ye semua! ok sambung cerita. setiap kata2 si bapa bagai bersulamkan gula2 kapas warna pink atau putih. sungguh manisss tak terkata. si puteri pon melayan bapanya yang sedang gud mood tersebut,

*******************tiba-tiba***********************

anak: ayah, bagi nasihat sket. akak nih selalu malas lah sekarang. (dengan suara santun semulajadi. eheh)
ayah: haaa??? malaassss???!!!! (praaaangggg!!! saat ini gula2 kapas pon bertukar jadi HACKS! ahah. ambik kau!!) kalau malas balik ah. kat malaysia nih banyak lagi orang nak belaja. kau dah kat sana tinggal belaja je pon malas? ape kes nih?
anak: (dalam hati:alhamdulillah, ayahku dah kembali normal!! KAHKAH. sesungguhnya inilah sikap bapa yang sebenar. cewah!)
ayah: (masih tak habes lagi. mood bercakap dah "up" sekarang) tak belaja pasal JIHAD ke?
anak: owh, mestilah ade. jihad, bersungguh2.
ayah: jihad, buat sampai lembek.
anak: erk, ye2. betol3.
ayah: kalau tak belaja pasal jihad pon tak ape. hidup nih pon jihad dah sebenarnya. semua orang hidup sampai mati. sampai lembek. ade orang mati tak lembek?? ade??
anak: owh, takde ayah (seberapa skema yang mungkin. serius takot beb!)
ayah: bezanya cuma jika orang tuh hidup tak buat ape2. lembek dia hanya sia2. sebab semua orang pon pasti lembek. pasti mati. itu dah janji ALLAH. jadi, kesempatan yang ade nih, usaha lah semampu mungkin. biar lembek kita nanti lembek yang berbaloi. lembek yang boleh dibanggakan didepan ALLAH nanti. takdelah tergagap nak jawab nanti.
anak: (tadi baring terus duduk. cewah. semangat semangat!!)
ayah: malas2 nih sebab dah banyak belaja ke sebab ape nih? haa? ade hal lain ke nih? (uish, suara penuh syak wasangka tak boleh blah!)
anak: eh, malas nih tak de ape pon yang drive. datang dengan sendiri.
ayah: pandailah!
anak: =D

***********************************************************************


walau telinga terasa pedih. sebab satu per satu terkena batang hidung sendiri. namun saya rasa bertuah. kerana ade bapa seperti beliau. kerana beliau bapa saya. kerana saya anak puteri sulung beliau. kerana saya mudah alpa dan memang butuh kata2 seperti itu saat ini. alhamdulillah, terima kasih ya allah kerana kurniakan aku seorang bapa seperti beliau.

jihad, macam gula-gula kapas yang dah tersedia didepan mata. hanya perlukan sedikit usaha untuk menikmatinya. atau kalau tak, habislah ia dengan sendirinya. makin kecil tanpa disedari. bila dah kecil, jangan tanya lagi ke mana hilangnya. kerna tidak bisa diganti dengan yang sama dengannya. beli baru tak kira. tetap tak tak sama macam tadi. (ini perumpamaan saya sendiri yang buat. takde kaitan dengan watak bapa tadi. sila jangan salah faham. EHEH.)

btw, korang penah makan gula2 kapas tak? owh, sedapnya!! ok, bye!!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, October 12, 2009

pelajar bermasalah

mahkamah pelajar, guru disiplin, denda, sistem merit, gantung sekolah. semua term tersebut memang mengundang perasaan agak seriau di zaman sekolah dulu. nampak sangat sekarang dah tua sebab zaman sekolah pun dah kategori dulu2. HAHA. dah macam boleh jadi orang dulu2 lah kan? ok, sila serius kan tulisan!

tapi itu dulu. waktu akal masih belum cukup matang untuk membeza mana emosi mana rasional. sekarang, bagaimana pula bentuknya?? adakah sistem2 hukuman yang tidak seberapa tegas (mana nak tegas kalau lepas kene probability akan ulang semula kesalahan sama = 80% at least. HEHE) diatas berjaya membentuk hati?? tepuk dada tanya lah iman. jawab iman, jawab!

secara implicitnya, mungkin tak sampai tahap berjaya. MUNGKIN. sebab sekarang saya adalah seorang pelajar bermasalah. tidak lah rock sangat kalau bermasalah sekadar suka mengkacau orang, suka mengusik, suka apetah lagi yang tak berfaedah. seriously, masalah saya ini lagi besar! cewah, bercakap macam masalah kau paling besar dalam dunia. ambiklah,ambik kalau nak sangat!

masalah hati. itulah yang terbesar. kerana hati itu lah yang menentukan buruk baiknya anggota lain. atau perlakuan lain. ini bukan saya yang suka hati nak taip. tapi nabi pon dah warning awal2 dalam hadis baginda.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
[Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim]

percaya sudah?? memang saya sedang mengalami masalah hati. sebab tu bila nak dekat exam ni perasaan macam tak tentu hala saja. cewah, ini bukan masalah angau okay. saya makan sampai kenyang, mandi pon for sure basah. HAHA. again, tolong serius sket please!!

baiklah, mari berserius bersama. tak tahu kenapa susah nak mencapai fokus. susah nak mencapai sungguh2 dalam erti kata sebenar. semuanya susah! baca satu line pon sampai setengah jam apa kes?? (a bit exaggerated but sometimes its really happen to me. apa macam lho?)

tapi disebalik semua ini. saya tahu ade seribu hikmah. tinggal saya saja yang perlu berfikir dan mencarinya. hikmah datang bergolek? memang boleh tapi nak menunggu ia bergolek2 sampai bila? exam hanya sket hari je lagi. kalau tunggu tak bergolek macamana? lu pikir lah sendiri! HAHA. kata2 keras penuh sinikal!

dalam setiap kesusahan pasti ade kemudahan. itukan janjiNYA juga. dalam setiap kepayahan disitulah letak kekuatan. kerna kita manusia yang sering alpa maka perlu selalu juga diingatkan. dan DIA maha halus dalam memberi peringatan, bukan?

okay. sekarang usah tunggu lagi. dah diagnos itu masalah hati maka ubatilah! jangan biarkan ia melarat hingga jauh terus dariNYA. sesungguhnya DIA sebenarnya rindu mendengarkan rintihan penuh harapan dari hambaNYA. sweet kan DIA? nur kasih pon takkan lebih sweet dari ini! (erkkk~~) really i tell u!

sempena exam yang akan menjelma nih. anggaplah kita bakal masuk ke medan jihad. usahalah sehabis daya. solat malam jangan lupa. baca dan tadabbur Quran jangan leka. puasalah jika terdaya. zirullah mesti berpanjangan. paling penting luruskan niat jangan lupa ye! carilah keseimbangan dalam setiap perkara yang akan, sedang, dan telah dilakukan. pesanan ini dibawa khas oleh si DIA yang maha mengetahui keadaan hambaNYA.

moga terus LILLAH!!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, October 6, 2009

dalam hati takde tajuk

owh cik ikhlas, pacik berkobar2, makcik rajen, dan encik kuat semangat,
datanglah!!!
****************************************************************************
eh, kenapa menyeru insan2 tak dikenali diatas?? nak bina semangat pegilah kem bina semangat. mesti bersemangat habis!! HAHA
serius sket bole tak?? (ini bukan masa main2 lagi okay!)
**************************************************************************************

ya allah,
kau yang membolak- balik kan hati
kau yang maha memiliki
kau yang maha memberi
tetapkan hati ini
atas jalan ini
atas dugaan ini maka tegarkanlah
atas kesulitan ini maka mudahkanlah
kurniakan kami jalan yang Kau redhai
jalan yang dipandang tinggi disisimu
ya allah
pancangkan teguh tekad dihati ini
niatkan ikhlas hanya kerana Mu
hanya padaMu aku mohon
pandu arahku
moga tak tersasar sepicing pun
LILLAHI TA'ALA!!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS