tinggikan hamdalah setinggi-tinggi nya!
besarkan asma'NYA dalam setiap perkara.
dan agungkan zatNYA sentiasa!
sebulan berada dalam madrasah ramadhan.
sebulan menjalani ibadah puasa.
sebulan membeli-belah sempena SALE dari Allah
sebulan mengimarahkan malam-malam penuh barakah
setelah itu? what's next?
selepas sebulan...apa berlaku?
kalau iklan diet program ade sebelum dan selepas
bagaimana pula KITA selepas keluar dari pagar madrasah ramadhan?
penuhkah troley beli-belah sempena SALE ramadhan?
terlalu subjektif untuk dinilai
terlalu personal untuk diberitahu kepada ramai?
tanyalah iman
nilailah amal
pantulkan dengan ihsan
moga bertemu ikhlas
persoalan diri setelah ramadhan:
akan kah KITA tetap tegar
atau merudum jatuh?
~moga terus lillah~
Sunday, September 12, 2010
akan tegar kah?

Saturday, July 31, 2010
harapan buat mereka
tak semua orang faham apa yang ingin kau katakan. tak semua orang mengerti apa yang ingin kau luahkan. dan tak semua orang mendengar bila kau mahu mendengarkan. YA! itu sunnatullah! nak tak nak terpaksalah terima. eceh. terpaksa? macam tak best pulak bunyik, bukan? ok2 tukar kepada: nak tak nak kenalah terima.
Wednesday, July 28, 2010
berbuku dihati
15 syaaban baruuuuu sahaja berlalu. ramai orang panggil nisfu syaaban. tukar buku baru kata mereka. kata hati saya: "macamana lah rupanya buku saya yang dah tertukar itu. kosongkah? penuhkah? atau sekadar so-so?"
kata ayah: "tak mengapa. tambah lagi amalan", begitu kata insan yang menjaga saya sejak kecil ini. kata hati: "oh, ayah. sungguh cool bunyinya. benarlah kau my daddy cool (tetiba). tapi apa yang telah pergi takkan datang kembali. amal yang dulu manakan sama dengan amal yang kini.
mujahadah dulu manakan sama dengan yang kini. mungkin sekarang hati telah terbiasa untuk tidak melakukan sesuatu yang dulu amat susah untuk ditinggalkan. sekarang hati dah boleh detect "error" and automatically "delete" apa yang patut. yang dulunya hati dah detect error tapi masih simpan dalam quarantine box. hueh. betapa payahnya nak mensisihkan sesuatu yang amat dekat di hati. mujahadah dulu tak sama dengan kini.
persoalan ini berbuku dihati. adakah ini alasan untuk saya mengisytihar bahwa hati saya sudah berada di zon sungguh selesa? macam kalau dah pakai original punye anti-virus dah takyah "scan now" bila hard disk baru cucuk dalam lubang usb? gerenti bebas virus ke kalau tak scan now? HUHU saya bukanlah orang yang arif tentang ini. tapi sekadar mengingatkan. sekadar mahu berkongsi. sekadar mahu berpesan-pesan.
kalau sekarang sudah tidak ada lagi rasa mujahadah tu. carilah sesuatu yang baru yang masih bernanah dalam diri untuk di mujahadahkan. (haaa! apekah betul ayat ini??) bukankah gaya hidup muslim itu "jihad"?? jadi, buktikan! itu adalah gaya hidup anda! kita bukan perlukan banner untuk tulis cantik2 atas tu "J.I.H.A.D is our culture" bagi orang keramaian baca. tapi yang kita perlukan ialah hati yang terpahat tulisan "JIHAD gaya hidupku". cukuplah sekadar itu. dari situ akan kau dapati ianya terlahir secara zahir melalui buah2 amalmu.
mmm, sedapnya buah dari pokok yang bertumbuh diatas tanah yang subur! dari jauh pun dah nampak buah yang masak bersinar-sinar! eye-catching ay? terus nak datang dekat sebab didorong oleh kehendak nak rasa buah itu. :)
sekarang, bersihkan tanah itu dulu. gemburkan ia. buang dari tanah apa yang tak patut ada. supaya tak mengganggu tumbesaran pokok.
apa yang berbuku dihati, maka sucikanlah! apa yang bernanah dalam diri, maka korbankanlah! demi meraih cintaNya DIA!
yakinlah! sekali kau gapai cintaNya, kau dapat segalanya!
sayonara jahiliyyah!
Tuesday, June 8, 2010
ter"langgar"!
okay2. tadi kata nak buat seuatu yang bermanfaat kepada others, kan? saya baru2 ini mendengar seseorang berkata bahawa banyak dikalangan kita bukannya mencari hidayah pon. *bukan nurul hidayah ye :p. okay. serius sket please!
saya sendiri mengakui yang saya sebenarnya secara tak sengaja "terlanggar" hidayah. terlanggar ye. terlanggar. tapi ini perlanggaran yang sungguh sweet. tak terasa pon momentum yang dahsyat2 tuh. tekanan pon tidak lah sampai cedera parah. huhu~ owh sungguh sweet Allah yang merencanakan "perlanggaran" ini! thank you Allah!!
tapi! tapi ye. ade tapi. selepas berlaku perlanggaran pasti ade 2 situasi saje:
- langgar lari
- bertanggungjawab terhadap yang dilanggar
bila "terlanggar", yang #1 adalah a BIG NO!! kalo orang sekalipon takkan suka jika dilanggar lari. kan? ke ada makhluk yang suke sangat bila dilanggar lari? huh? ade ke? ade ke?
apalagi lah hidayah. tapi sedikit berbeza disini. kalo langgar orang kebanyakan (bukan orang kebanyakan saja. kerabat raja pon termasuk juga. HEHE) kita yang kene ubatkan dia. yelah sebab kita yang "terlanggar" dia, bukan? kene belai dan handle with full care. kene settlekan bil hospital dia lah ape sume. leceh betol bunyinya, bukan?
tapi tidak bagi hidayah. jika terlanggar hidayah. kita kene jaga dia, peluk dia kuat2 dengan sepenuh harapan dia yang akan rawat kita. dalaman kita yang dah busuk bertahun2 nih (kalau nak digambarkan mungkin dah berkarat2 tahap sukar dan mencabar nak polish!) adalah untuk dirawat oleh hidayah. kalau jaga dia dengan sungguh2 lah kan, selepas ni hidayah pulak jaga kita dari hasutan2 dan hembusan2 dari makhluk bertanduk a.k.a syaitan musuh manusia yang nyata! menguntungkan, bukan? lagipon, itu yang semua mintak dalam doa sehari2, kan? kan?
jadi nampak tak sekarang? sungguh2 Allah itu yang Maha Merancang dan Dia juga yang Maha Menentukan!
SubhanAllah!
Tuesday, May 25, 2010
.GooD WorK.
Saturday, May 22, 2010
Color of Islam
By : Dawud WharnsbyAllah made us all a different shade and colour.
Fill the world with colour, paint it everywhere you go.
Truth as clear and blue as the sky we walk under.
Fill the world with colour, paint it everywhere you go.
Smiles, warm and shining, like the sun upon our faces.
Fill the world with colour, paint it everywhere you go.






