ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Wednesday, February 24, 2010

belajar

sudah lame tak menyinggah dan menyumbang yang tak "sumbang" disini. HUHU. NO TIME menjadi alasan?? it supposed to be NOOOO!!

masa kan telah diberi oleh DIA yang maha memberi? jadi, adjustlah masa itu so that we can fit into it. masa pon beredar dengan patuh dan taatkan perintahNYA. siapa lah kita nak lawan2 pulak :p apekah yang cuba disampaikan ni?? nampaknya ini dinamakan penulisan gaya bebas ketika hati dan jiwa dan akal masih belum bole mencapai keseiringan.

keseimbangan. itu yang saya cari ketika ini. akhir-akhir ini saya sedar saya seperti banyak tenggelam dengan masa. kadang2 tak sedar apa yang saya dah buat dalam masa sehari?? HUHU. masih belum cukup muntij, mungkin??? tidak mengapalah. walau susah bagaimana pon saya akan tetap berusaha untuk mencapai muntij itu.

saya tahu saya masih baru. masih banyak perlu dipelajari. masih terlalu naif disini. tapi kata someone yang dikenali; "belajar banyak, lupa banyak. belajar sikit lupa sikit. jadi takyah belajar?? so that takkan lupe". HAHA. so tak bole blaaa. tak blaj alagilah tatau ape2 kan?

jika dalam perjalanan ini saya lakukan kesilapan. saya terima seadanya. at least salah disini tak kena potong markah. mungkin lagi UP sket sebab saya belajar dari kesilapan. saya masih lagi belajar untuk terima kesilapan. masih belajar untuk saling memaafkan. masih belajar untuk saling meredhai. dan masih belajar dalam segala2nya. SEMULA.

malam tadi saya dah cuba list semua kesilapan yang saya dah lakukan. and tell u what? the list goes on and on!! tak tahu pulak bilekah nak stop?? HUHU. tapi takpe. saya cuba. dan saya akan terus cuba. optimis sajalah dalam setiap perkara yang saya lakukan. insyaALLAH.

hanya DIA yang tahu isi hati saya saat ini. saya menulis dalam keadaan yang seperti penat. tapi bukan baru balik jogging pon. seperti lelah. tapi bukan pernah ada asthma pon. seperti tak tahu dah nak cakap macamane.

yang pasti. saya bahagia bersama mereka. yang sudah banyak mengajarkan erti cinta rindu kasih kepada DIA. terima kasih lah kepada mereka!!!

semoga ALLAH saja yang membalas jasa antunna semuanya. *ya ALLAH, bimbing hati ini. mohon dengan sangat*

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, February 13, 2010

cuak mode mendadak

oh Lord, here i am

i am begging You,

dear ALLAH,

please send me your mercy,

please send me your peace,

please send me your guidance,

may You grant me barakah in everything i've done

Allahu Raziqan;

please make this easy;

nothing is easy for You make it easy,

as when things gone right its from You

only You..


hasbunallah wa ni'mal wakeel

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, January 28, 2010

ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH!!

alhamdulillahi rabbil 'alamiin
arrahmaanirrahiim !!!

DIA diatas segalanya. jadi kataNYA maka jadilah. tidak kataNYA maka tidaklah. takdirNYA mengatasi tadbir. perancanganNYA penuh cinta. pemberianNYA penuh pengertian. ujian dariNYA penuh tarbiyyah.
kembali kepadaNYA penuh maghfirah!

subhanallah alhamdulillah allahu akbar!!

***********************************
ketika ini orang sekeliling sume mengerjakan SAS. Mesti terpelik-pelik terheran heran apetah gadis typical malay ni buat. Due date da nak dekat sempat lagi menyelit-nyelit nak update blog lah sume. HEHE. Kene jadi “versatile” kan?? YAAAA. Assignment saya pon tak sudah lagi. Tapi ape salahnya nak ambil waktu sedikit,bukan??

Okay hampir sebulan sudah saya berada di bumi tak berapa nak sejuk ini. Dan overall ianya cuma okay! Saya harap selepas ini akan jadi lebih baik insyaALLAH. Atau paling tak pon semakin okay! Eh tapi macam tak kena.

Perlu bercita2 tinggi. Cukup kah sekadar okay, not bad saja?? A BIG NOOO!!!!

Saya mengimpikan sebuah harapan yang monster dan konkrit dalam diri saya. Dalam ruh daie saya yang fitrahnya menyampaikan. Saya minta ALLAH berikan saya hati sebesar whale di pacific ocean. Takkan kecut dek kerana nemo-nemo comel yang lain. Malah sentiasa membesar secara lebih monster lagi dengan memberi. Amal itu lahir dari member, kan?? insyaALLAH!!! Itu permintaan saya. Rancangan DIA, tiada siapa yang tahu J

Harapan kepada nemo-nemo comel;

Hadis Keduapuluh Satu

Dari Abu Amru dan dikatakan pula dari Abi Amrah Sufyan bin Abdullah r.a, katanya : " Saya pernah bertanya Rasulullah SAW : Ajarkanlah kepadaku suatu ajaran mengenai Islam, yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang selain daripada engkau. Sabda Rasulullah SAW : ' Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.' "

owh, ini pesan untu sang penaip terutamanya.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, January 19, 2010

.................



KAU satu CINTA yang selamanya aku cari.



moga tiada yang bisa tandingi cintaku padaMU.



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, January 6, 2010

peringatan

inilah peringatan buat diriku yang sering lupa:

  1. sila habiskan membaca buku2 yang terkumpul
  2. sila habiskan membaca pdf2 yang berpukal-pukal sudah
  3. sila isi masa senggang sebaiknya
  4. sila bertenang selalu

dan banyak lagi mungkin perkataan penuh sopan berbunyi "sila" akan diupdate.

**habislah kau dah publish. semua orang tahu pulak nanti semua nak buat sport check sebanyak mana kau dah buat semua "sila-sila" diatas. HEHE

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, January 5, 2010

JAKARTA: phewwwiiitttt hannan

saat jejak kaki ini dibumi jiran malaysia tersebut. i have no heart feeling. sikit pon takde. selalu pun begini jugalah. perasaan biasa saja. tapi ade lain sikit dari biasa. ape yang lain?? HEHE. hati macam "bertukar-tukar". macam ade jongkang-jongkit dalam hati. kejap-kejap macam melonjak. kejap-kejap macam tercecah bawah tanah.

entah. itu je yang boleh dibayangkan. tak tahu perkataan apakah lagi yang patut digunakan. (saya memang selalu begini. tak pandai kosa kata. HUHU lagipun ini bukan pertandingan bina perkataan ke apetah sume tu)

bergerak ke HANNAN. teringat kata-kata ukhti ain; "korang jangan terkejut nanti. hannan sedang mengalami proses renovasi siang tadi. mungkin bersepah sikitlah". dalam hati saya; "ade akhawat yang buat plastik surgery ke ape ni??" HAHA. namun tak disuarakan pun bertanya siapa hannan tuh. tapi fareha di seat sebelah cepat mencelah. katanya hannan tu RI dijakarta. terus terhambur gelak saya. menggelakkan diri sendiri yang lembab sungguh ini :p

sampai saja di hannan. hati dah jongkang-jongket melambung diatas. HEHE. phewwwwiiittt3x terpukau sungguh dengan hannan yang bagaikan istana tersebut. mak oii, ini serius besar nih! mana nak sangka. jalan2 disini macam lorong belakang kedai saja. tapi rumah besar okay! eceh saya ini materialistik sungguh, bukan?? astaghfirullahalazim!!

owh a big NO!! usah terpukau dengan kemegahan rumah tersebut. kerana selain daripada keluasan yang macam balairaya (okay saya exaggerate!) tersebut. ade lagi yang lebih mengujakan. aksesori di hannan pon priceless!! takkan dapat dimana2 kedai perabot (okay yang ini TAK exaggerate. ini serius!). melihatkan aksesori rumah yang terdiri daripada graf ISK yang super besar, 10 muwasafat tarbiyyah yang tercatat kemas, gedung buku kalah general library (okay exaggerate lagi!), etc..hati bukan lagi jongkang jongket. tapi dah seperti swoop! terawang-awang diudara!!

dan bukan sekadar rumah dan aksesorinya yang mengujakan. penghuninya juga cukup membuatkan saya berkata WOW!! oooppps itu adalah kurang sopan. lebih manis lagi kalau disebut mashaallah!!(*saya selalu saja begini HEHE. semoga selalu santun lepas nih. i.allah) ini betul langsung tak tipu. mane boleh tipu, kan??

mereka adalah orang2 yang sungguh hebat. mereka juga orang2 yang mengajarkan saya tentang banyak perkara (walau pun hanya beberapa hari saja saya disitu). mereka orang2 yang sedang mempraktikkan 10 muwassafat tarbiyyah. (alamak ayat skema. tapi takpe saya memang nak cakap ini)

jadi, aksesori + suasana + orang di hannan memang melahirkan sesuatu yang mendamaikan. ini betul2 punya. tiada unsur exaggerate lagi *ape kes nak exaggerate??* okay. owh, dan mungkin kerana terlalu tenang hinggakan saya tertinggalkan khazanah disana. pakaian2 basah belum dibasuh telah selamat tinggal disana. ho ho ho!! (ceh, ini kes si pelupa sebenarnya :p)


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, January 3, 2010

post baru

post baru konon. dah nak karat dah ruangan nih dibiarkan. dah basah kene hujan. terlebih lekang dek panas. HUHU

tahun baru hijrah + tahun baru masihi. moga2 hidup pon bertukar baru. eceh. banyak lah kau punye baru! kalau diri sendiri yang kerdil tak tinggi meninggi nih kau tak tukar baru. apa macam lagilah yang kau impikan baru itu?? tapi berangan tak salah. asalkan biar bertempat. biar selari dengan usaha dan tekad. ok semua orang pon dah tahu barangkali, bukan?? saya saja nak cri modal nak membebel supaya entri ni nampak lagi panjang. HAHA

alhamdulillah telah selamat mendarat di sebelah lautan. cewah. dah airport auckland nih dekat dengan laut nak buat macam manelah, kan?? semalam jam 12.50 pm waktu tempatan telah sampai di auckland international airport. secara mengejutkan rupanya dah ramai orang kat auckland nih haa. kalau saya taip "ramai" janganlah expect ramai macam kat malaysia sana nun. still banyak lagi kambing biri-biri putih berbulu tebal itu daripada manusia. tapi jangan pula kau underestimate kata auckland nih macam taman negara kat pahang tuh. tidak tidak!!

auckland nih sedang2 saja bilangan manusia yang menghuninya dikala ini. tapi sudah cukup membuatkan hati saya macam berbunga. cewah!! berbunga sebab banyak bunga kah?? memang banyak bunga tak leh tipu punya. tapi bunga dihati bertambah mekar dah macam taman bunga dah bukan hanya sebab banyak bunga kat albert park nun. tapi kerana saya nampak sesuatu sinar "pencerahan" di sini. eceh. ape yang kau cuba cakap nih? HEHE tak paham tak pe. tak payah peluh2kan otak nak paham. tak pernah masuk exam pon.

insyaallah akan saya gunakan kesempatan ini sebaik mungkin. tak dinafikan memang susah benar nak meninggalkan "zon selesa" phisycally di sana. tapi jauh di sudut hati, saya mahu segera disini. alhamdulillah sudah sampai pon disini.

moga DIA permudahkan segalanya. moga DIA tenangkan juga hati2 mereka yang tersayang disana. insyaallah :)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS