ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Saturday, July 18, 2009

esok sekolah

dulu ketika usia masih satu angka. tak sabar2 nak pegi skolah. kalau demam pon bole sehat sebab nak pegi skolah punye pasal. kindergarten memang best ah. cikgu cekgi bole membuat insan malas macam saya suke pegi skolah.

masuk usia dua angka. mulelah ade simptom2 pemalas. flu sket jek rase nak mintak mc. HAHA. tapi tak pernah dapat. saket pon terjadi time cuti skolah je. mulelah menyesali kenapa tak sakit time dah bukak sekolah. HAHA. itu cerita time remaja.

masuk angka puluhan nih (amat tua bunyinya). amat contradict. cuti dinanti. sekolah dibilang pergi. HAHA. betol tak tipu. time cuti sentiasa digunakan sepenuhnya. nikmat cuti sekolah kalau boleh tak nak biar sia2 begitu saja. cewaaahhh! eheh. memang betul kan? rasa macam sume orang pon macam tuh. HAHA. bajet sume orang macam dia plak.

tapi semakin tua jugak (amat tua jugak bunyinya) saya
semakin menyedari hakikat ke sekolah. bukan dek kerana sekolah lawa ade taman cantik. bukan sebab nak tengok cikgu pakai baju matching ngan kasut dan handbag. bukan kerana subjek yang kene dengar cikgu mengajar kalo tak susah score. bukan sebab ade kawan cun ke ape ke. bukan bukan bukan.

hakikat sebenar ke sekolah lebih besar dari itu.
pergi sekolah kerana ALLAH. setiap titis ilmu keranaNYA. redha DIA yang selalu diinginkan. tanpa redhaNYA apelah sangat ilmu tuh. nak gune pon terkial2. jawab atas kertas je lah yang termampu. buat lah past years banyak2 tanpa ade pengetahuan banyak pon. sure dapat jawab atas paper dgn cemerlang.


tapi macamana dgn inner development? tak develope langsung! (ini applicable
kepada saya jek. maaf ;;) )


kalau dulu waktu usia satu angka. selalu nak dapat nombor satu. sebab tuh tanak ponteng skolah. nanti dapat banyak hadiah. akan berasa cemburu dan dengki dengan sangat2 kepada yang dapat nombor lagi atas. huhu~ sebab budak tuh dapat lagi banyak hadiah dari saya. ceh. sungguh kebudak2an time tuh.

bile dah masuk 2 angka. tuka plak. pegi skolah sebab nak dapat banyak A. perasaan akan sangat inferior bile orang lain banyak A dari saya. sebab bile disebut saja bilangan A itu, semua orang macam bangga secara melampau. huhu~

tapi sekarang. semuanya semakin berubah.
usaha ke arah A itu yang penting. sebab saya telah kenal DIA yang melihat kepada usaha bukan pada hasil. perasaan yang lahir adalah redha dan sabar. sungguh sweet kan keadaan itu? eceh.

tapi tak bermakna saya tak perlu dapat yang terbaik. itu mesti. kerana pemegang deen ini tak boleh dipandang rendah (dah disebut dalam entri sebelum ini). bukan ke hakikat islam itu di atas? dan janji ALLAH juga menyebut deen ini pasti berada diatas. janji ALLAH itu pasti :)


semoga teros LILLAH!! (pesan khas untuk sang penaip)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, July 16, 2009

demam+perihal diri

sejuk menggigil walau heater tak henti2 menghembus bayu panas. badan rasa sengal2. ke memang saya yang sengal? HAHA. diam lah!



rasa tak bersemangat sehangat mentari yang DIA kurniakan sehari2. eh, diri kenapa ya? tamau demam! pergi jauh dari sini cik demam.
-end of demam story-.


baru meng"cek" result semalam, setelah berkurun perkara itu keluar. HOHO.


"tuhlah sebok berjalan2 lagi"' kata ayah. tapi at d same time tlah berkata, "best tak oz?".


HAHA itu ayah saya.( jangan tiru :P). saje nak cari modal nak membebel. dah lame tak ckp dgn si anak mungkin. dah si anak sulung ini tak tepon2 sejak ke oz. memang tak patot. jangan contohi. tapi
oz memang tak bole blaa sbb tade calling card to msia. yang itu sungguh tak best i tell u.


suke hati jek nak cakap oz tak best sbb tade calling card. oz-an dah berbahagia dah kat sane secara baya bill dgn banyak. HUHU. (4 dat particular reason i thank GOD for sending me here in nz. cewah.) btol tak tipu :) sungguh saya bahagia di nz. hidup bersama tarbiyyah dan kesedaran tentang "kerja daie". siyes tak tipu. saya dapat itu semua dibumi sejuk ini.


berbalik kepada hal meng"cek" result. kalo tade kesedaran itu mesti dah menangis dah i tell u. tapi otw to mission bay semalam. sejurus itu
hati telah diubati dengan kata2 sungguh sweet dari kaset yang berdendang dalam BADAR. cik kaset thanx for the song.


walau hati dah terubat. bukan bermakna saya tak perlu buat ape2. mesti lakukan sesuatu agar deen ini tidak disalah erti dek kerana memandang pada pemegang deen ini. walau saya memang rendah (saya mengaku) namun
tak sanggup rasanya membiarkan deen yang dipegang dipandang rendah.


tanda hati untuk diri sendiri:

cita2 harus setinggi langit paling atas. pastikan semuanya LILLAH. panjatkan doa selalu pada ILAHI. tegarkan jiwa hamba dalam diri. tabah, redha, dan sabar mohonku hadir sekali. tahu priority- itu mesti!

AWAS!!: jangan baca tajuk as demam kerana perihal diri. demam ALLAH yang bagi. (=

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, July 13, 2009

coretan ekpres

berada di bumi kangaroo. membawa saya terfikir. adakah kemajuan yang dicari?

sekalipun kemajuan itu yang dimaksudkan. apakah pencariannya duniawi semata?

benarkah?tanpa ada sdikitpon unsur ukhrawi?

benarkah? kerna waima beberapa hari disini.

yang saya cari tetap bukan hasil kemajuan yang dicapai.

hati yang didalan jiwa tetap mencari alam semulajadi yang diciptakanNYA.

tetap mencari makhluk2 lain yang diciptakanNYA.

yang walaupun tanpa kemajuan tetap ia akan wujud.

malah mungkin lebih banyak lagi. mungkin.

namun DIA yang maha tahu segala.

jiwa tetap mengAGUNGkan kebesaranNYA.

syukur LILLAH ya tuhan. kerna masih sudi memberi rasa syukur dihati ini.

walau terkadang lidah melfaz rasa kagum dengan batuan ciptaan manusia.

sebentar cuma. kerna setelah itu ia pasti tenggelam oleh alam yang sempurna hasil ciptaanNYA.

terima kasih ya ALLAH.

dari bumi sydney.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, July 4, 2009

selamat ulangtahun abang hakim!

walau takku ada disisi namun kamu tetap dihati! ini betul tak tipu. semoga diberkati usia, usaha, tenaga, dan hidup sentiasa dalam redhaNYA. semoga ALLAH kurniakan jiwa rijal yang soleh kepada kamu.

apsal ayat skema nih? sebab nak tunjukkan rasa kasih sayang kepada adik sendiri. takkan tak bole? kan? HEHE. adik yang seorang ini tak pernah mintak apa2 pon dari saya. (yang lain: sungguh tak terkata. mintak macamlah kakak die print duit everyday. huh~) bile tanya jek nak hadiah apa? mesti jawapan yang dah boleh agak ini akan muncul; "tak nak hadiah apa2 bole?". maka saya pon dengan penuh sejuk hati; "ALHAMDULILLAH!!" HAHA nampak sangat tak iklas!

takde2. sebenarnya saya pon dengan penuh semangat akan cari sampai ke lubang cacing (cewah! sile hayati ayat2 hiperbola) hadiah ape yang sesuai nak dibagi. susah jugak camni. kite pulak penat memikir pasal hadiah ni. HAHA. kesimpulan cerita: cakap tak nak hadiah nanti dapat hadiah super duper best! kaedah "reverse psycho" name die. (banyak la kau. tak dapat hadiah langsung la nampaknye :p)

budak ini jugak dulu2 pernah datang sekolah saya. kawan2 biasalah sebok comel2 ngan budak kecik. bukan begitu? ada satu cubaan nak bersalaman ngan mamat tak ckp umur nih. dan2 tuh jugek die cakap; "HARAM.
mane bole pompuan salam ngan lelaki." HAHA. terkena abes budak yang cbe mengorat tuh! semua pon bantai gelak. apelagi guling2 lah dan bermacam lagi gaya2 bebas yang tak dapat ditaip demi menjaga nama baiik mereka. HAHA.

budak cool ini jugek yang paling rajin amongst siblings selepas si kakak sulung yang memang tidak dinafikan rajen. (cewah! nak mengangkat diri sendiri plak. HAHA). ok2 sebenarnye memang die lah yang paling rajin selepas kakak sulung. (eh ada lagi niat nak enter frame?) yang lain esp. yang terkecik tapi dah besar tuh. memang pandai auta lebih dari satu pusingan. piala pusingan memang die yang pegang. tak bagi can kat orang lain. langsung! HAHA.

cool tak cool jugek lah die nih. sebab pernah
nanges sampai demam kurus gara2 kalah hafazan. memang dah confident menang kot. tuh sebab tak dapat terima kekalahan. HAHA. eh kenapa gelak hal2 macam ni? seriuslah. tapi takpe abang hakim. jangan pernah putus asa menuntut ilmu ALLAH.

tegarkan jiwa kuatkan hati!
redha ILAHI itulah kunci
sukses ukhrawi mahupun duniawi


wit luv, kaktie <3


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, June 27, 2009

inikah namanya C.I.N.T.A?

owh...
inikah cinta?
benar benar cinta?
tapi kenapa cuma seketika
tak hangat membara



owh
inikah cinta?
benar benar cinta?
tapi bila diperlukan cuma
tika sempit dan tak tentu hala
tika mencari sandaran
buat mencapai harapan



owh
inikah cinta?
benar benar cinta?
tapi tak mungkin hubungan hanya sehala
yang disini menerima cuma
sedangkan DIA pemberi segala
dan ku hanya mengharap dariNYA




owh
inikah cinta?
benar benar cinta?
tapi separuh cuma
separuh lagi
tak tahu kemana
bila senang mudah dilupa
bila lenang ingkar padaNYA



owh
inikah cinta?
benar benar cinta?
tapi tak pernah sampai ke lubuk jiwa
bahkan mungkin di pucuknya saja
"mengapa?"
tanya iman dijiwa
tanya fitrah seadanya



oh ALLAH
kau tetap mencintai ku
walau sering aku leka
dengan segala tawaran dunia
yang sebenarnya tiada apa


mengejar manusia
yang hanya sementara
mengejar nama
yang hanya sia-sia


berbanding KAU yang MAHA MEMILIKI
aku hanya hamba yang masih mencari
erti cinta hakiki
janji suci sebagai panji
kehidupan abadi
disana nanti


owh
inikah cinta?
benar benar cinta?
setulus jiwa?

*(mengharap sinar petunjuk menerangi laluan)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, June 25, 2009

syukur LILLAH!

yeayyyy!! oppss..tajuk dah baik dah. ok ok alhamdulillah alhamdulillah. exam final dah habes! HEHE (ade insan dlm rumah tak bagi buat anouncement. kat sini pon jadilah. HAHA) kepada yang masih ketat dan sempit tuh. jangan kecewa ye. teruskan usaha. masa korang akan tiba gak NANTI. HEHE



fuh~ summary semester ini sangat tough n mencabar kredibiliti. kehadiran 2 3rd stage paper benar2 membuatkan hidup saya xpresso.HAHA (tuh la cik puan shanon dah pesan tapi DEGIL. amek2 HAHA) tapi alhamdulillah segalanya telah dibolosi tanpa kecederaan parah. ringan2 ade kot. HEHE. yang penting kerjasama dengan rakan2 seperjuangan. CEWAH!



betul betul nih. tak tipu. cant imagine how will i survive this tough n hard sem witout them. sekalung penghargaan buat kawan2 yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti berfaedah mahupun yang kurang memberi faedah mahupun yang tidak langsung ade faedah HAHA. eh takde takde. semua yang kita lakukan bersama2 berfaedah kepada masyarakat HAHA.



summary paper final: (mengikut course code)

baik takyah evaluate. tak nak jadi staff maths department! (nanti kene buat evaluation form every sem. HUHU) tapi yang paling saya suke ialah 255. sayang lah Jian Bei macam nih! HAHA. sangat baik hati dan pemurah markah. i like! but hopefully class average tidak akan menjatuhkan saya :(


*ade insan berpesan: "behave urself" HAHA

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, June 21, 2009

duduk diam2 ubi berisi

mungkin minggu yang hectic. mungkin juga tidak. bagi yang tidak takyah buat anouncement. HAHA. takde takde. sungguh2 minggu yang hectic bagi saya. ade 3 paper dalam masa 5 hari. cukup hectickah statement tersebut? kecohlah kau! ada orang exam berderet. masih pasrah lagi.

ok ok. saya silap. tak patot tak patot. ingat kau sorang ade exam berderet? orang lain punye deretan lagi membanggakan kau tak tahu. HEHE. ok ok. mohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki lah kan.

bersyukurlah apa kurniaNYA. tentu ada sebab kenapa DIA beri semua itu. tak pernah ada yang sia2. terkadang manusia yang mensia2kan apa adanya. tersirat sejuta hikmah mungkin disebalik kepayahan yang tersurat.

jangan pernah persoalkan. walaupon kau penggubal soalan takyah soal2 takdir. HAHA. semua pon dah tertulis termaktub tercatit sejak sebelum kau kenal ABC lagi. apelagi nak sebut konsonan ke vokal ke yang lebih rumit. HEHE.

ok2. minggu exam takyah panjang2 (pernah ke panjang sebelum nih? HAHA)

akhir kata. selamat hari ayah kepada ayah tercinta. terima kasih kerana telah melafazkan kata2 rindu cinta kasih sayang kepada anakanda yang jauh beribu batu. HAHA. takde takde. gurauan semata tiada kaitan dengan ayah sape2.

terima kasih kerana telah membesarkan dan mengeluarkan belanja sehari2 pegi skolah dulu. kalau tade duit blanja tak dapat beli keropok lekor kat kantin skolah. HAHA. ok lah. i luv u ayah! (dengan iklas tanpa ade sebarang niat membujuk :P)

kepada semua, all the very best for ur xm. semoga ALLAH permudahkan urusan. semoga DIA kurniakan kedamaian hati dan ketenangan jiwa ketika menjawab soalan. moga terus LILLAH!!

~~innALLAHama'anaa~~

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS