ONE TIME EFFORT LIFETIME REWARDS. INSYAALLAH!!
RSS

Thursday, June 18, 2009

s.a.k.s.i

Saat dan waktu semasa hidupmu
Apa yang dilaku, apa amalanmu
Jangan kita lupa Dia ketahui-Nya
Jangan kita leka segala dihidu-Nya

Dunia sementara sandiwara semata
Kembali pada-Nya akhirat di sisi-Nya
Hidup penuh dosa tiada pasti nilainya
Syurga dan neraka kan kita terimanya

Tangan berkata apa dilakunya
Kaki bicara ke mana yang melangkah
Mata bersuara apa pandangannya
Telinga bercerita apa yang didengar


Tiba nanti masa
Mulut tak dibuka
Tiada berkata
Banyak kan mendengar
Mampu bersuara
Saksi berbicara
Amalan semata


Sujudlah kepada-Nya
Ampun segala dosa
Tiada yang berkuasa
Hanya Maha Esa
Mohon iman bertakhta
Di hati dan di jiwa
Hindar segala siksa
Saat amalanmu ditanya

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, June 10, 2009

di persimpangan dilema

eheh. tajuk tak bole blaaa. cam mode cintan-cinton plak. menelepon ummi semalam dan secara implicit telah mengatakan saya mungkin tak balik malaysia cuti summer nanti. dan2 tuh juge tercipta lah drama romantik- komedi ini.

*************************************************************************************

ummi: awak tak balik? hari tuh kata nak balik sebulan je.
saya: haah.(susun ayat2 cinta) tapi kalo sebulan tanak balik oklen lak nanti.
ummi: lorr.mcm budak kecik.sebulan takkan tak puas kot.
saya: mestilah tak puas. so macam tamau balik teros.(lafaz kurang lancar)
ummi: mcm tuh plak. ade orang balik 2-3 minggu ok jek.
saya: tuh orang laen. akak tak mcm tuh.
ummi: kalo tak balik nak buat ape kat sana? sorang2 ke?
saya: buat lah ape yang patut. tadelah sorang. maori ramai. HAHA
ummi: kalo tade orang baik balik malaysia. nak bertapa kat sane ke?
******tiba2...................
(ayah kat belakang):
tak rindu ayah lah tuh!!
saya: (aikk??) ayah dengar ke? ummi cakap kuat sangat nih. (****)
ummi:
tak rindu ummi jugak lah tuh.
saya: lah.(dalam hati: konspirasi ke ape nih??) mestilah rindu. ummi rindu akak tak?
ummi: rindu. (finally. HAHA)
(ayah kat belakang): rindu serindu2nya. lalalala~~
saya: tamau ah. tuh lagu tomok. (ape kaitan tomok lak nih??)
ayah: ye rindu2. balik lah. (finally.)

saya: (dlm hati) YEAYYYYY!!!! (tatau kenape yeay-sbb balik bukan sponsor pon. HAHA. izzati, kau takyah nak excited sgt okeh)

*************************************************************************************

tapi setelah drama romantik-komedi ini tercetus, saya memang excited tak bole blaa. rasa mcm dapat pakwe baru. (nih memang tipu gile! sbb tak penah ade pakwe pon. PAK TUA adelah HAHA)

memandangkan mak ayah suruh balik. cewahhh! jadi perlu menunaikan hajat mereka berdua dengan hati yang terbuka. saya nak jadi anak yang baik dan solehah *wink*

so, kesimpulah cerita:
"im going back this summer!!" (baca: dengan intonasi yang betul). takyah duduk oklen yg tade orang nih. tiada lagi persimpangan :p tapi mesti sebulan jek balik m'sia. lama2 nanti jadi mayat idop kat umah. TAK MAU2.

hiduplah secara bersederhana dan penuh makna agar mati tak sia2. none of the creatures created for nothing. tiada yang sia2. percayalah! (pesan pada sang penaip entri)

saya dan exam ke-2: 9 hari lagi. berusaha!!
(manjadda wajada :) )

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, June 6, 2009

i LOVE my hijab

sendirian berjalan dari uni mosque ke perkarangan library tercinta. (bajet tercinta didorong oleh "nerd" mode dan exam mode HAHA). terserempak seorang manusia bergelar wanita. dari jauh macam kenal. lagi dekat makinlah kenal!

terkejut mode tahap MAXimum bile dah face to face dengan wanita tersebut. kalau takde pape takkan terkejut lah, bukan begitu? maka kerana ade ape2 lah yang telah lainnya pada appearance wanita tersebut, adrenaline rush dalam body saya yang biasa ini memacu dengan speed luar biasa.

saya kenal wanita tersebut. malah pernah berbual berdua. dia seorang yang baik. dan kali ini, mungkin dia tidak perasan dengan kehadiran saya di muka perpustakaan itu. tapi kehadirannya walau dalam bentuk yang telah transform(ed), masih saya ingat dengan baik. (ayat apekah ini??)

ape yang terdetik dihati saat adrenaline ber"speed" tinggi itu hadir ialah:
"I LOVE MY HIJAB!!" mungkin ade yang akan cakap saya tah ape2. ("tudung kau bukannya mahal mane pon yang kau nak sayang sangat tuh!" ) tapi betul tak tipu! memang perkataan itu yang terdetik saat itu.

bukan dek kerana tudung yang mahal namun
modesty yang mahal. nilai ciptaan TUHAN itu yang mahal. hukum TUHAN takyah cakaplah memang mahal! sebab ia hukum yang datang dari si PENCIPTA yang agung. yang MAHA TAHU tentang segalanya. hatta yang terselit di ceruk2 yang maha sempit pon DIA MAHA TAHU LAGI MAHA TELITI.

jadi, pasti ada sebab DIA suruh. usah dipersoal. kita hanya hamba yang setiap saat menghirup oksigen dan membebaskan karbon dioksida dengan rahmatNYA. jantung berdegup "lub-dub" juga dengan rahmatNYA.

mari muhasabah diri semula. ayat ini ditujukan khas kepada sang penaip :)


"ingat lah ALLAH di waktu senang. pasti DIA ingat kamu di waktu susah dan
sempit."


itu janji ALLAH dan janji ALLAH itu pasti! yakinlah!

-saya:lagi 4 hari nak exam-sekian

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, May 18, 2009

IHSAN

telah selamat menghantar assignment 361 yang super duper susah itu. (thanx kepada mr lecturer yg ske mencabar kesabaran n kredibiliti anak2 didik) ALHAMDULILLAH!. dapat juge menyelesaikan soklan2 da bom tersebut. (thanx kpd rakan2 seperjuanganku huhu~)

malam nih semacam tade (ooppsss silap2; kurang) keje nak dibuat. pada pandangan saya sahaja. dan pada malam ini sahaja. sbb awal2 lagi dah dpt 1 assignmment baru dari Jian Bei. tapi
kemalasan secara membuak2 (jangan tiru) telah menghasut jari jemari untuk menekan2 keyboard.

jari pon telah berjaya mencari drama best dari saluran kegemaran ramai. i bet u knew it. ape lagi kalo bukan utube. hehe. (trime kasih kpd cik jari. alamak! sama plak name ngan lecturer yg mencabar itu :p) tapi sesungguhnya ini merujuk kepada jari sy sendiri.

drama yang best tersebut:
IHSAN. sngt menginsafkan sesiapa saja (mungkin). tak caye? boleh tgk sendiri lah kalo mcm tu. point2 utama aka lesson learnt:

  • jgn derhaka dgn mak bapak : semua pon dah tahu perkara ini. basic kan? tapi kdg2 kite tak prasan yg kite dah terderhaka pd mak bapak. kerna syaitan itu selalu menjadikan perkara terkutuk itu indah dimata pelakunya. dah si syaitan nih pon nak cari kawan gak kan? apelagi dihias2 lah perkara terkutuk itu. jadi semoga kite beringat selalu hendaknya.

  • jgn menipu mak bapak: sebenarnya bukan mak bapak saje. tapi dgn sume org pon patot di'apply' bende nih. tak baik tipu. dosa kan? hatta adik sy yg kecik pon tahu.(sbb kakak die slalu kelentong die~) jadi biasa2 kan lah diri untuk bercakap benar. tak kire dimana jua. berkatalah benar walaupon pahit. (pesan kpd diri sendiri juga sebenarnya).

  • sentiasa lah utamakan hati dan perasaan ibu bapa. cinta kpd mereka berdua selepas ALLAH dan RasulNya. jika anda seorang lelaki, jgn sekali2 lebihkan isteri anda yg tercinta itu sebelum ibu anda. plg bahaya hal tersebut. ingat cerita al-qamah? pasti anda tahu. (kalo tak tahu review sendiri. hehe.) jika mak terasa hati sikit je atas perilaku kita, tuh pon dah kire dosa. tau? even dlm hadis nabi pon ade ditegaskan ttg cinta kepada ibu nih selepas ALLAH n RasulNya. smpai 3 kali Nabi sebut "ibumu". then barulah menyusul ayah pula. bermakna ini perkara penting. bukan main2. sila ingat.

  • redha ALLAH = redha mereka(ibu bapa). kalo bole hafal formula panjang2 selalu. skrg ingat formula ini pula. senang kan? mmg ALLAH takkan menyusahkan hambaNya. sweet kan?? insyaallah jika selalu ingatkan diri ttg ini akan tenanglah hidup diredhaiNya. :)

  • derhaka pada ibu bapa = balasan total. nih betul! tak tipu punye. sy pon dah punye jumlah experience ini dgn byk. huhu. tak mahu bongkar2 nih. bukan melodi pon nak terjah2 kan? jadi sendiri mau ingat laa. kalo nak tgk ape definisi balasan total itu. sile lah tgk drama ini. (recommended!)

  • semua kita yang hidup ini pasti akan mati. jadi harta byk pon tak bwk ke kubur. semua pon tahu kan? lagi satu; harta nih kalo makin byk, makin byk kene jaga. bukan senang nak jaga harta anyway. tapi amal jariah lebih byk dibuat, lebih byk lah ia melindungi kita. mcm insurans. (sile fikir sendiri ye :p) jadi takyah lah syg harta tuh byk2. sbb kalo ALLAH nak habeskan harta2 itu. sekelip mata pon ALLAH bole hancurkan harta yang dikumpul bertahun2 lamenye.


dgn itu, mari same2 (tak bermaksud nak buat nada skema ini pon. sile baca dgn nada yg tidak skema langsung okeh?) kite ambil mane yang baik. dan tapis mane2 yang kurang baik. agar jadi pengjaran kepada kita semua. (pesan pada diri sendiri terutamanya)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, May 15, 2009

hanya dengan izinnya.

saat jari nak tekan2 keyboard. bersame2 akal yang ligat berpusing dengan bermacam2 perkara:;

yang dah terlaksana, ingin dilaksana, tapi masih belum bergerak apa2 pon. huhu~ inilah saat yang

tersebut itu. terlalu banyak yang bermain di kepala. tapi hati tetap belum boleh digest dengan baik

perkara2 yang melintasi kotak fikiran.

-hanyalah dengan izinNya saya menulis-

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, May 8, 2009

rasa

kosong. senggang. lapang.

itu yang saya rasa sekarang. terima kasih wahai ALLAH yang telah karunia nikmat ini. kalau minggu sebelum ini, otak terasa ketat. dada rasa sempit. nafas rasa sesak. tapi kini DIA hadiahkan saya masa senggang ini.

namun, hati kecil cepat bertitah: "masa yang senggang itu emas juga". syukran hati kecil kerna sering ingatkan akal yang selalu mahu alpa. oleh itu, jangan buang masa. nikmat masa yang dikurniakan DIA adalah untuk kita manfaatkan.
kata nak jadi khalifah!

sepotong firmanNya buat tatapan semua terutama bagi sang penaip :)


Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan begitu saja, padahal Allah belum Mengetahui orang2 yang berjihad diantara kamu dan tidak mengambil teman yang setia selain Allah, Rasulnya dan orang2 beriman. Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.
9:16



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, May 2, 2009

selamat hari ibu n hari ummi :)

so sweet!! kata adik kecil yang dah besar saat saya menuturkan kata2 selamat menyambut hari ibu kepada ummi yang tercinta. (budak kecik nih memang suke perli saya anyway. haha)


tapi kata ummi; "setiap hari pon hari ibu. sebab setiap hari pon kene jadi ibu. bukan hanya pada hari yang tertentu saje kene jadi ibu."


erk..saya terkena lagi. memang betul tanpa was2 sekali kata ummi itu. dalam islam pon setiap hari adalah hari untuk menunjukkan kasih sayang kepada semua orang. kalau difikirkan semula, memang ini adalah salah satu cara bagi mendidik jiwa insan agar sentiasa menyayangi antara satu sama lain.
islam itu indah, kan??

******************************

terkenang saat kecil ketika bersama ibu tercinta. sungguh2 saya dapat rasakan kasih sayangnya yang tidak pernah berbelah bagi. walau hanya kurang lebih 7 tahun bersamanya, saya dapat rasakan hangat kasih itu sehingga kini- walau dia sudah jauh disana saat ini kurang lebih 15 tahun.


selamat hari ibu, duhai
ibu yang telah melahirkan ku. jasa mu, kata2 mu, pujukan mu akan selalu segar dihati kecil diri ini. semoga dengan izinNya kite bertemu semula disana.

**********************************

semoga hari2 yang dilalui selepas ini akan terus memberi makna pada diri dan mereka yang disekeliling. hargai ape yang ade sebelum mengejar ape yang tiada.

semua pon dari ALLAH :)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS